balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
A Rahaman (depan, kanan) membuat tinjauan harga barangan yang dijual di Pakar, semalam.
< 1 / 1 >
SEREMBAN - Orang ramai berpeluang mendapatkan barangan keperluan dapur pada harga 30 hingga 50 peratus lebih murah berbanding pasaran biasa apabila berkunjung ke Pasar Komuniti (Pakar) Paroi, di sini.
Pengarah Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) negeri, A Rahaman Suleiman berkata, pihaknya mengalu-alukan kehadiran orang ramai berikutan harga ditawarkan cukup istimewa dan menjimatkan.
“Paling mendapat tumpuan adalah ikan laut yang dijual 30 hingga 50 peratus lebih murah dan tawaran tersebut hanya boleh didapati di sini,” katanya selepas mengadakan lawatan di Pakar, dekat sini, semalam.
Tinjauan Sinar Harian di lokasi berkenaan, semalam turut mendapati harga ditawarkan bagi ikan laut sememangnya jauh berpatutan dan benar-benar seperti diperkatakan A Rahaman.
Sebagai contoh, ikan tenggiri lazimnya dijual sekitar RM30 sekilogram, bagaimanapun di Pakar, orang ramai hanya hanya perlu membayar kira-kira RM19.50 sekilogram.
Sementara ikan parang pula dijual pada harga RM13.50 sekilogram, manakala harga di luar pula mencecah RM20 bagi berat yang sama. Ini disusuli dengan ikan merah RM21 (RM28), jenahak RM25 (RM30) dan kembung RM11 (RM16) sekilogram.