BTC USD 79,676.4 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

HARAM Trading Forex: UZAR

buang masa jer sedara bawa pandangan2 selain dpd NFA dan CFTC kat sini.. ianya akan ditolak oleh encikz.. :">

InsyaAllah.. aku akan jelaskan dimana letaknya 'pinjaman' berpandukan kenyataan pihak NFA sendiri.. ;)

Aku suka rujuk NFA dan CFTC...rujuk laman web lain macam-macam mereka boleh kate...macam aku kata sebelum ni, setiap sesuatu benda yang profesional, terdapat badan yang profesional yang mengendalikan mereka...

Apa kata NFA tu? Nanti aku akan kongsi akta dan seksyen yang diguna pakai oleh NFA dan CFTC berkenaan leverage ini...
 
sekadar berkongsi pendpt...

sekadar berkongsi pendpt dn pandangan...

wah.. bro sakuragi berhujah panjang lebar..

setelah sekian lame baru aku phm ape sbnrnye leverage tu...

dn semmgnye leverage tu pinjaman dr broker... ttp, aplikasi pinjaman tu x mendtgkan mudarat pun kat broker..

cth 1

modal: usd 5000

akaun: standard

leverage: 1:100

situasi: buy gbp/usd ( 1.5852 --> 1.6000 ) ...spread diabaikan

size: 1

apabila trader tersebut tekan je butang buy, urusniaga pertukaran wang berlaku... broker akan meminjamkan wangnya sbnyk usd 158 520 utk membeli gbp 100 000 pada kadar 1.5852. apabila kadar mencecah 1.6000, trader menekan butang close dan broker akan menukarkan kembali gbp 100 000 yg diperolehinya sblm ini kpd nilai usd dn akan memperolehi usd 160 000. ini bermakna keuntungan sbnyk usd 1480 (160 000 - 158 520).

oleh itu, keuntungan sbnyk usd 1480 akan dimasukkan ke dlm akaun trader dn jumlah di akaun berubah menjadi usd 6480...

manakala, jumlah usd 158 520 yg dipinjamkan oleh broker td akan dimasukkan semula ke dalam poket broker tersebut..


cth 2

modal: usd 5000

akaun: standard

leverage: 1:100

situasi: buy gbp/usd ( tapi, 1.5852 jatuh ke 1.5700 ) ...spread diabaikan

size: 1

apabila trader tersebut tekan je butang buy, urusniaga pertukaran wang berlaku... broker akan meminjamkan wangnya sbnyk usd 158 520 utk membeli gbp 100 000 pada kadar 1.5852. tetapi, malangnya kadar menurun ke paras 1.5700 dn mencecah stoploss yg telah ditetapkan oleh trader tersebut. ini bermakna, broker akan menukarkan kembali gbp 100 000 yg diperolehinya sblm ini kpd nilai usd dn akan memperolehi usd 157 000. ini bermakna kerugian sbnyk usd 1520 (158 520 - 157 000) telah ditanggung oleh broker..

oleh itu, broker akan mengambil usd 1520 dr akaun trader utk menampung jumlah kerugian tersebut.. jumlah wang yg dipinjamkan oleh broker pd asalnya adalah usd 158 520 kemudian rugi kepada usd 157 000. apabila broker ambil duit pada akaun trader, broker akan memperoleh semula jumlah penuh wang yg dipinjamkannya kpd trader tersebut..

sebaliknye, yg menerima kerugian yg sbebenar-benarnye adalah trader itu sendiri dn broker x rugi ape2 pun... oleh itu, jumlah usd dlm akaun trader akan berkurangan sbnyk usd 1520 iaitu dr usd 5000 ke usd 3480...

owh, skang baru aku phm.... dulu aku dok pikir kalo la leverage tu pinjaman dr broker, mesti bnyk gile jumlah kerugian yg ditanggung broker akibat dr pinjaman tersebut.. x logik btul:-?:-?:-?

tp, sbnrnye, broker x rugi ape2 pun walaupun walaupn kadar pinjaman (leverage) begitu tinggi sehingga mencecah kadar 1:200...

pd cth 2 kat atas td tu, aku bg contoh stoploss.. harap2, mereka yg x phm sblm ni akan phm hakikat sbnr mengapa broker x rugi ape2 berdasarkan konsep leverage yg digunapakai dlm forex...

so, kalo mc sekalipun akaun trader, broker tetap x rugi ape2 pun kerana fungsi mc adalah broker close urusniaga yg dibuat trader tersebut (floating tinggi teramat sngt) kerana broker akan mengambil hampir semua jumlah wang pd akaun trader dimana trader hampir-hampir x dpt menanggung jumlah kerugian wang yg dipinjamkan broker semasa urusniaga tersebut dilakukan.. pening gak ayat ni... nanti kalo aku rajin, aku tmbh cth 3 bg sesape yg masih x phm...

kesimpulannya, baru aku phm yg leverage tu sememangnye pinjaman dr broker spt kat laman babypips, investopedia, dll.. dari segi istilah ke, konsep ke, aplikasi ke, mmg leverage tu pinjaman wang dr broker.. tp, broker x menanggung ape2 kerugian pun berdasarkan ursniaga yg dilakukan trader...

rujukan:

http://www.forexrealm.com/forex-articles/open-close-position-03.html

http://currencies.suite101.com/article.cfm/leverage_offered_by_forex_brokers

jika ade yg tersalah, harap ade otai2 yg sudi btulkan...

oleh itu, hukum bg forex online trading adalah ________ :-?:-? :)):)):))

----------------------------------------------------------------


:):):)
 
Nak paham leverage ni, kita kena paham kenapa ianya wujud. Actually, ianya telah wujud sudah lama. Forex trader sekarang hanya menjadi participation bagi leverage forex contract yang sudah lama wujud. Lihat definisi leverage contract dibawah, diguna pakai juga oleh NFA dan CFTC dalam urusniaga forex.

Cuba tengok definisi seperti dibold dan kenapa leverage contract digunapakai adalah untuk tujuan-tujuan dibawah.

(w) Leverage contract means a contract, standardized as to terms and conditions, for the long-term (ten years or longer) purchase (“long leverage contract”) or sale (“short leverage contract”) by a leverage customer of a leverage commodity which provides for:

(1) Participation by the leverage transaction merchant as a principal in each leverage transaction;

(2) Initial and maintenance margin payments by the leverage customer;

(3) Periodic payment by the leverage customer or accrual by the leverage transaction merchant of a variable carrying charge or fee on the unpaid balance of a long leverage contract, and periodic payment or crediting by the leverage transaction merchant to the leverage customer of a variable carrying charge or fee on the initial value of the contract plus any margin deposits made by the leverage customer in connection with a short leverage contract;

(4) Delivery of a commodity in an amount and form which can be readily purchased and sold in normal commercial or retail channels;

(5) Delivery of the leverage commodity after satisfaction of the balance due on the contract; and

(6) Determination of the contract purchase and repurchase, or sale and resale prices by the leverage transaction merchant; and
 
salamun qau lam mirrob birrohim..

saudara.. apa benar andai kita mencari akhirat, dunia akan dtg kepada kita? pernahkah saudara dengar pepatah ini? `` KEMISKINAN MENJURUS KEPADA KEKUFURAN``

selalu dengar azan kan? haiyya alal falah tu apa maksudnya?

bilal mengajak kita menuju kejayaan saudara..

kalau kita sibuk mencari akhirat, dunia pastinya akan kita tinggalkan, sebab tu la dunia dan akhirat kene seiring, kene fikir tanggungjawab pada diri sendiri, isteri, anak, ibu, ayah,keluarga dan masyarakat..

macam mana saudara boleh cakap kat sini mencari akhirat dunia akan dtg pada kita? sedangkan diri sendiri kita belum kenal..

kenal diri dulu baru boleh mencari akhirat..

tak guna saudara letak petikan ayat qur`an, hadis kalau saudara tak faham dgn sebenar2nya agama islam yang saudara anuti ni..

dalam ayat almunafiqin tu, apa yang dimaksudkan dgn harta? apa dia harta yang menipu tu? kerja yang melalaikan tu apa dia?

kalau kita susah macam mana hati nak tenang, pastu anggap kesusahan tu ujian allah, mmg btl ujian allah kesusahan yang kita dapat, tapi allah taala dah anugerahkan kita otak, letaknya otak tu pon kat tempat paling atas sekali dalam jasad kita, bkn kat kepala lutut, tujuannya untuk kita berfikir jalan untuk mencari kesenangan untuk memudahkan segala kesulitan yang allah taala bagi..

allah taala ni adil, dia bagi kita susah dan bagi kita senang, susah dari dia senang pun dari dia..

terciptanya forex ni pon dari dia, adanya ilmu forex ni pun dari dia.. berani ke saudara nak katakan disini yang forex tu haram, sedangkan terbitnya idea org dulu2 dagangkan matawang ni pon dari allah taala..

kita boleh bercakap, berfikir, bergerak hanya dgn izin allah taala saudara..

kalau belum cukup ilmu di dada jgn berani nak cakap forex tu haram.. sekadar baca forum, artikel pastu nak sampaikan kat sini, ada ke saudara kaji sedalam2nya forex ni?

kalau tak pasti.. gi la belaja lagi ilmu al qur`an saudara..

aku dan cakap wang emas tu tin 0... cakap xserupe bikin... takat copy paste article, ayat al-Quran.. org kafir pun boleh.. wang emas klau setakat ilmu camtu.. xamalkan.. atau tin kosong tolong la jgn riak.. atau tunjuk best.. cini bukan tempat nyer k.. ko kate nk betulkan org dalam cg ni.. ko sendiri tu belum betol lagi.. itu bkn care nk tegur org.. blaja la care nk tegur @ nasihat.. org xkn dgr cakap ko.. makin meluat ade la... wasalm..
 
Ok lah...aku pun malas nak bincang cerita detail...Tapi kalau nak tau darimana undang-undang yang membenarkan leverage trading samada dalam commodity seperti CPO, gold, silver, precious metal dan juga forex diasaskan di US, boleh rujuk Federal Regulations Title 17 Commodities and Security Exchanges, Chapter 1 Commodity Futures Trading Commissions (CFTC), Part 31 Leverage Transactions.

Link --> http://ecfr.gpoaccess.gov/cgi/t/text/text-idx?c=ecfr&tpl=/ecfrbrowse/Title17/17cfr31_main_02.tpl

Disitu dinyatakan kesemuanya berkenaan leverage...
 
sekadar berkongsi pendpt dn pandangan...



----------------------------------------------------------------


:):):)

Leverage mungkin pinjaman TAPI tidak semestinya pinjaman. Setakat kajian aku dan understanding terhadap Code of Federal Regulations berkenaan Leverage Transactions, kewujudan leverage itu disebabkan banyak faktor dan pinjaman HANYA salah satu faktor.

Ianya ditawarkan Leverage Transaction Merchant yang merupakan principal kepada kesemua transaksi leverage. Leverage Transaction Merchant mempunyai Leverage Contract melalui pelbagai cara.

Tapi andaian broker tersebut membeli leverage contract daripada kita bila kita menjual dan mereka menjual leverage contract kepada kita bila kita membeli itu adalah betul dan tepat. Ini kerana dalam Code of Federal Regulation, Title 17, Chapter 1 (CFTC), Part 31 Leverage Transactions dalam Perkara 31.10 berkenaan Repurchase and resale of leverage contracts by leverage transaction merchants.

(a) No leverage transaction merchant shall offer to sell or sell a long leverage contract involving a leverage commodity to any leverage customer at any time when such leverage transaction merchant is not offering to repurchase from any of its leverage customers any long leverage contract, and is not offering to resell to any of its leverage customers any short leverage contract, involving the same leverage commodity previously sold or purchased by the leverage transaction merchant to or from a leverage customer.

(b) No leverage transaction merchant shall offer to purchase or purchase a short leverage contract involving a leverage commodity from any leverage customer at any time when such leverage transaction merchant is not offering to resell to any of its leverage customers any short leverage contract, and is not offering to repurchase from any of its leverage customers any long leverage contract, involving the same leverage commodity previously purchased or sold by the leverage transaction merchant from or to a leverage customer.

[50 FR 36414, Sept. 6, 1985]

bermakna trader hanya membeli/menjual leverage contract yang ditawarkan oleh leverage transaction merchant (broker) dan hanya leverage transaction merchant sahaja yang dapat menawarkan servis ini. Ianya bukan pinjaman, tetapi satu leverage contract yang hanya dimiliki oleh leverage transaction merchant (broker).

Disini kita dapat memahami peranan leverage transaction merchant (broker) dalam urusniaga ini dan kenapa mereka wujud.

Rujukan http://ecfr.gpoaccess.gov/cgi/t/tex...v8&view=text&node=17:1.0.1.1.22.0.7.9&idno=17
 
Last edited:
Thanks encikz, bagus nye kalau uzar dapat jengah ke sini...
 
Thanks encikz, bagus nye kalau uzar dapat jengah ke sini...

Betul,lebih baik Uzar ada disini,setidak-tidaknya ada perbincangan yg lebih sihat dan tidak disaluti ego tetapi lebih kepada ilmu masing-masing.
 
Mari kita sambung semula perbincangan. Moga rakan2 dalam keadaan lebih santai setelah berehat agak lama dpd membincangkan perkara ni. :)

Kita mulakan dengan penjelasan terhadap mekanisme leverage dan bagaimana ianya berfungsi:

Leverage ada beberapa jenis pada umumnya, iaitu:
1:1 bererti wang jaminannya = nilai kontraknya (100%)
1:50 bererti wang jaminannya 2% dari nilai kontrak
1:100 bererti wang jaminannya 1% dari nilai kontrak
1:200 bererti wang jaminannya 0.50% dari nilai kontrak
1:400 bererti wang jaminannya 0.25% dari nilai kontrak
1:500 bererti wang jaminannya 0.20% dari nilai kontrak

Kaedah mengira (Rumus Standard Account) :
Major Pair - Lot x 100,000 x % Margin x Market Price
Cross Pair - Lot x 100,000 x % Margin.

Kaedah mengira (Rumus Mini Account) :
Major Pair - Lot x 10,000 x % Margin x Market Price
Cross Pair - Lot x 10,000 x % Margin.

Kaedah mengira (Rumus Micro Account) :
Major Pair - Lot x 1,000 x % Margin x Market Price
Cross Pair - Lot x 1,000 x % Margin.

Contoh kiraan berdasarkan rajah
1 lot x 10,000 x 0.25% = US$25 (Margin ditolak daripada jumlah capital dalam acc trader)

Ok, Mungkin ramai trader sudah faham tentang kiraan di atas.
TETAPI Ramai trader lupa bahawa,

Berdasarkan leverage 1:1 Trader perlu margin sebanyak US$10,000 bagi membuka 1 standard lot, dan US$1,000 untuk 1 Mini lot.


Berdasarkan 1:400 dan 1 lot trading;
Standard Acc, US$10,000 - Trader sediakan margin $250, manakala selebihnya US$9750 ditampung oleh broker.
Mini Acc, $1,000 - Trader sediakan margin $25, manakala selebihnya US$975 ditampung oleh broker.

Mengapa broker perlu tampung baki tersebut? kerana broker tiada kuasa untuk memberi diskaun kepada trader dengan kata lain forex market atau pasaran matawang bukan dimiliki oleh broker.


Renungkan;
1. Bolehkah kita membeli tanah/rumah dengan hanya membayar margin sahaja kemudian menjual semula utk mendapat untung?
2. Bolehkah kita membeli emas dengan hanya membayar margin sahaja kemudian menjual semula utk mendapat untung?


Fiqh Jual-Beli;
لَا تَبِعْ ما ليس عِنْدَكَ

Ertinya : Janganlah kamu menjual sesuatu yang tidak di dalam milikmu" ( Riwayat Abu Daud, no 3504, 3/283)

Penerangan: Dengan margin US$25 anda tidak akan dpt memiliki barangan bernilai US$1000 apatah lagi anda ingin menjual barangan yg bukan milik anda.

Ada pihak berpendapat bahawa leverage boleh dilakukan secara MOE/JV.
Jika benar ianya dilakukan secara MOE/JV, maka ianya juga bertentangan dgn Islam kerana MOE/JV tersebut adalah berat sebelah yang mana pihak trader akan menanggung kerugian atau keuntungan 100% manakala pihak broker tidak langsung menanggung risiko.

Untuk penerangan yg lebih jelas;
Forex Market - Umpama kilang
Forex Broker - Agen, orang tengah, institusi kewangan
Retail Forex trader - Pelabur kecil2an, mempunyai modal yg kecil, tanpa perlu membuka syarikat, menggunakan lesen broker utk melabur. [/COLOR]

leverage.gif


Komen: Setelah aku meneliti dan membandingkan rajah yg dilukis oleh sedara professor dengan apa yg diterangkan oleh pihak NFA, jelas tidak kesilapan atau percanggahan tentang leverage.

Penerangan tentang rajah:
Modal (buka account) yg disediakan adalah US$300
Leverage yg dipilih oleh trader 1:400
Margin adalah US$25

Mari kita rujuk apa penjelasan dpd NFA pula:

Let’s proceed on the assumption that you have risk capital you would like to use in trading forex. The next question is how much you need to open an account. Forex dealers can set their own minimum account sizes, so you will have to ask the dealer how much money you must put up to begin trading.

Most dealers will also require you to have a certain amount of money in your account for each transaction. This security deposit, sometimes called margin, is a percentage of the transaction value and may be different for different currencies. Keep in mind that a security deposit acts as a performance bond and is not a down payment or partial payment for the transaction.

Sumber: http://www.nfa.futures.org/forex_training/content/Module5-1-1.htm

Mari kita tumpukan perhatian kpd kenyataan yg berwarna biru.

Security deposit acts as a performance bond and is NOT a down payment or partial payment for the transaction

Tidak dinafikan bahawa ianya bukan down payment atau partial payment, alasannya jika ianya down payment pasti trader kena jelaskan baki pinjaman bukan?

Ok, Kembali kepada persoalan;
1. Bolehkah broker memberi diskaun barang yg bukan dimiliki oleh mereka?
2. Bolehkah kita membeli tanah/rumah dengan hanya membayar margin sahaja kemudian menjual semula utk mendapat untung?

JAWAPANNYA: TIDAK, Maka sebab itu pihak broker perlu menampung baki transaksi. (Rujuk cara kiraan di atas)

Walau apa istilah yg digunakan bagi menggantikan perkataan PINJAM, TETAPI proses jual beli matawang tetap dijalankan secara pinjaman melalui kaedah menampung (broker yg menampung) baki transaksi.

sebaliknya, hukumnya adalah HARUS jika urusan jual-beli dilakukan secara bayaran ansuran, deposit, down payment, partial payment dengan syarat tiada unsur2 riba dan syarat2 yg lain. Riba bukan sahaja dalam bentuk interest tapi juga dalam bentuk syarat. Cth bersyarat adalah:

a. Broker beri pinjaman, dgn syarat wang tersebut hanya boleh digunakan utk urusan jual beli di dalam syarikat sahaja.
b. Saya bagi pinjam kereta dengan syarat awak isi minyak sampai penuh.
c. dan lain2.

ps:
1. Leverage yg diharuskan hanyalah 1:1
2. Ubah istilah tidak akan mengubah hukum sesuatu perkara jika prosesnya tetap sama.
Cth lain:
Interest = Bunga = Riba

Wallahualam..
 
Last edited:
Sekadar berkongsi pandangan terhadap isu wangemas diatas.

1) Kewujudan leverage trading WAJIB dibincangkan bersama kewujudan LEVERAGE CONTRACT dan LEVERAGE TRANSACTION MERCHANT. Kerana pihak yang lebih dahulu melakukan leverage adalah leverage transaction merchant. Pihak leverage transaction merchant mempunyai leverage contract melalui pelbagai cara. Pinjaman hanya salah satu sahaja. Manakala trader hanya menjual beli leverage contract. Rujuk ---> http://ecfr.gpoaccess.gov/cgi/t/tex...v8&view=text&node=17:1.0.1.1.22.0.7.9&idno=17 Kalau malas membaca link yang diberi, usahlah berbicara soal ini. Bak kata Ibnu Mas'ud RA, hanya orang gila saja yang suka berfatwa tanpa usul periksa ni.

2) Isu JV/MOU (bukan MOE ler) hanya untung sebelah pihak maka ianya haram? Dua isu disini. Benarkan broker tiada risiko? Kenapa ada broker bangkrap? Itu isu utama. Isu kedua ialah jika trader ingin menanggung kerugian secara sukarela, adakah ianya haram? Dalam mudharabah atau musharakah, jika kita sanggup menanggung kerugian secara sukarela, bukankah itu harus?

3) Margin deposit itu hanya security deposit atau lebih tepat performance bond. Konsep ini juga terdapat didalam Islam.

Disini perlu dibuktikan ribanya. Dimana ribanya. Jika ianya pada loan, dimana loannya?
 

Latest Posts

Live Forex Chart

Currency
Rates
EUR / USD
1.12040
USD / JPY
156.865
GBP / USD
1.33745
USD / CHF
0.82508
USD / CAD
1.40025
EUR / JPY
175.751
AUD / USD
0.70300
Back
Top
Log in Register