larat ke ustaz tu nak menjelajah disetiap pelusuk web, forum dan juga blog utk memberikan kesedaran terhadap org ramai. Bukan CG jer yg membincangkan isu ni.
Ini pun dah disebarkan dgn bantuan para sahabat yg perihatin. Itu pun ada yg melenting hingga menyalahkan Islam menyempitkan rezeki mereka.
aku pada mulanya berfikir juga apa yg dikatakan sebelum ni dan aku berusaha untuk dia masuk ke forum ni dan cuba untuk berhujah disini.Sebab apa?sebab dia yg mengatakan macam ni dan ada juga ulama lain yg berpendapat berbeza..bagi aku tak salah pun dan cuma memerlukan dalam beberapa minit je untuk melayan forum ni..
cuba ko senaraikan forum lain yg betul2 banyak membincangkan hal ni??Kalau dah carigold paling ramai Uzar patut fokus kat sini jelah tak perlu tempat lain dah..geng2 forum lain mesti datang mengunjung ke sini sebab Uzar dah datang memberikan hujahnya
Sekarang apa yang berlaku ialah,Uzar memberikan pendapat sendiri yg membuatkan kita disini bercanggah pendapat dan ada yg bergaduh..malah ada yg memperkecilkan dan menghina..adakah itu baik??Walhal pendapat dia belum tentu betul dan belum tentu salah..sebab seperti aku cakap ada juga ulama lain yg memberikan keringanan..sila baca posting Encikz yg banyak bagi rujukkan.
Jadi Wangemas mungkin ada kudrat untuk mengajak Uzar tu datang kesini..sebab apa yg aku mampu hanya post kat blog dia suruh datang ke sini..kot2 ko ada contact number dia.
Aku tak lama dalam dunia forex..baru dalam 3 tahun..tapi carigold yg aku jumpa yg merupakan tempat paling ramai trader berbincang...Jadi alasan untuk melayan banyak forum sukar utk diterima pakai...
Apa yg aku nampak,bila pergi blog dia..penuh dengan iklan yg berbayar Rm50 setiap bulan (cuba kira berapa jumlah iklan tu) dan juga promosi buku2 dia...
Tak pernah aku jumpa dalam catatan sejarah Ulama sambil mengajar sambil buat promosi jualan
(sorry to say,ni pendapat aku sendiri)
Aku harap ada perbincangan dua hala...bukannya sorang buka isu, pihak lain yg bergaduh...tiada siapa yang untung..Kalau Uzar datang disini sedikit sebanyak perbincangan ilmiah akan berlaku...
Kepada yg suka posting merepek harap stop it lah..jangan buat lawak2 dalam topik macam ni