balqis07
CG Top Poster Club

- Messages
- 30,953
Paid Membership
- Joined
- Jan 27, 2010
- Messages
- 30,953
- Reaction score
- 294
- Points
- 136
Pesanan yang disebarkan menerusi aplikasi WhatsApp berkenaan kejadian samun bersenjata di Sri Gombak.
GOMBAK - Pihak polis menafikan dakwaan mengatakan berlaku tiga kes samun bersenjata menggunakan sebuah kereta dan enam motosikal di Sri Gombak seperti yang tersebar dalam aplikasi WhatsApp baru-baru ini.
Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Ali Ahmad berkata, pihaknya menafikan kejadian dan meminta orang awam tidak mempercayainya.
“Ia palsu dan hanya bertujuan menimbulkan panik dan bimbang dalam kalangan masyarakat,” katanya.
Terkini, seorang lelaki dikatakan disamun depan rumahnya di Fasa 7, Sri Gombak Sabtu lalu oleh lapan lelaki menaiki empat motosikal menggunakan senjata parang.
Menurut sumber, dalam kejadian yang berlaku pada jam 12.45 tengah hari itu, mangsa bersama rakannya berbual di luar rumah sebelum didatangi suspek yang menaiki motosikal jenis Yamaha 135 LC dan 125Z.
Kata sumber lagi, beberapa suspek telah meletakkan parang di bahagian leher dan perut mangsa serta memintanya menyerahkan beg dipakai.
“Khuatir dicederakan, mangsa menyerahkan beg mengandungi wang tunai RM1,200 hasil niaganya.
“Mangsa bagaimanapun tidak dicederakan dan membuat laporan polis untuk siasatan. Dipercayai suspek adalah orang luar,” katanya.
sumber:http://www.sinarharian.com.my/edisi/selangor-kl/hanya-mahu-penduduk-panik-1.414077