BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

'Hantu' menyorok bawah katil

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
61,479
Joined
Jun 17, 2007
Messages
61,479
Reaction score
7,005
Points
881
'Hantu' menyorok bawah katil

Oleh Raja Noraina Raja Rahim

Dua wanita warga asing menyorok di bawah katil mengelak daripad dicekup. FOTO Ihsan HIM
Kuala Lumpur: Bersembunyi di bawah katil bagi mengelak dicekup pihak berkuasa.

Tindakan dua wanita warga asing yang menghuni sebuah kediaman di ibu kota itu bagaimanapun berjaya dikesan anggota Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) yang menjalankan serbuan, Selasa lalu.

Pengarah JIM Kuala Lumpur, Wan Mohammed Saupee Wan Yusoff berkata, seramai 10 pegawai dan anggota terbabit dalam serbuan dilakukan menerusi Op Sapu bermula 12.45 tengah malam.

"Pasukan JIM menjalankan pemeriksaan terhadap 19 warga Myanmar yang menghuni unit kediaman di pangsapuri berkenaan.

"Hasil pemeriksaan mendapati seramai 17 individu membabitkan lapan lelaki dan sembilan wanita ditahan kerana disyaki tiada dokumen perjalanan sah," katanya.

Beliau berkata, kesemua pendatang asing tanpa izin (Pati) yang ditahan dibawa ke Depot Tahanan Imigresen Bukit Jalil untuk siasatan lanjut.

Katanya, kes disiasat mengikut Seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Disiarkan pada: August 2, 2024 @ 1:43pm

 
Back
Top
Log in Register