BTC USD 75,615.1 Gold USD 4,283.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hantu Jogging: Larian yang Tak Berpenghujung (The Phantom Jogger), (Bukit Tunku, KL)

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23


1765357734013.png



Hantu Jogging: Larian yang Tak Berpenghujung (The Phantom Jogger), (Bukit Tunku, KL)




Ada satu urban legend yang sangat famous kat Bukit Tunku pasal "The Phantom Jogger". Ramai orang yang selalu lalu lalang waktu Subuh atau Maghrib pernah terserempak dengan benda alah tu. Ini adalah perkongsian seram dari Hafiz, salah seorang pengguna jalan tersebut.
----------------------


5:45 pagi, Hafiz dalam perjalanan nak pergi kerja syif pagi. Pagi tu sejuk, embun masih menitik dari samar-samar kabus sampai visor helmet Hafiz berwap. Dia bawak motor kapcai dia santai-santai melayan layan bukit. Jalan sunyi, cuma bunyi ekzos motor dia je memecah kesunyian. Dia kerja syif pagi minggu tu,

Di satu selekoh, lampu motor Hafiz menyuluh satu susuk tubuh di tepi jalan.

Seorang lelaki, pakai baju singlet putih, seluar pendek sukan stail lama (pendek gila macam zaman 70-an), dan stokin tinggi sampai lutut.

"Rajin betul Mat Saleh ni jogging pepagi buta," getus hati Hafiz.

Hafiz pun potong lelaki tu. Sempat dia toleh sekilas. Lelaki tu tengah lari setempat, muka tak berapa nak jelas sangat tapi nampak kulit dia pucat lesi macam kapur.

Hafiz teruskan perjalanan tanpa mengesyaki apa-apa.

Selang 500 meter, lepas satu selekoh lagi... Hafiz terkejut. Kat depan dia, ada orang jogging lagi.

Baju sama. Singlet putih, seluar pendek, stokin tinggi.

Hafiz pelik. "Eh, kembar ke? Apasal macam sama je dengan orang tadi…" getus hatinya.

Hafiz potong lagi. Kali ni dia perhati betul-betul. Memang sebiji macam orang tadi. Dan kali ni, Hafiz perasan satu benda pelik—tak ada bunyi tapak kaki.

Biasanya kalau orang jogging pakai kasut sukan, mesti ada bunyi pap pap pap hentak jalan tar. Tapi mamat ni senyap, macam dia terapung sikit atas jalan.

Hafiz mula rasa tak sedap hati. Dia pulas minyak, bawak laju sikit.

Lebih kurang 1km kat depan, dekat simpang nak keluar ke jalan besar...

‘Orang’ tu ada lagi kat depan!

Mustahil! Macam mana orang tu boleh potong motor dia yang tengah bawak 80km/j?

Kali ni, lelaki tu tak lari kat tepi jalan. Dia lari betul-betul tengah jalan, menghalang laluan Hafiz.

Hafiz brek mengejut!

Sreeeetttt!!

Motor Hafiz berhenti betul-betul belakang lelaki tu.

Lelaki tu berhenti berlari. Dia berdiri tegak membelakangkan Hafiz.

Bahu dia terhinjut-hinjut, macam orang tengah penat ambil nafas. Tapi bunyi yang keluar bukan bunyi nafas tercungap... tapi bunyi ketawa yang halus.

Hihihihi...

Perlahan-lahan lelaki tu pusingkan kepala dia ke belakang (badan tak pusing, kepala je pusing 180 darjah!).

Muka dia... hancur sebelah, macam kesan kena gesel jalan tar akibat kemalangan teruk. Mata dia terbeliak memandang Hafiz.

"Mau lumba...?" tegur lelaki itu dalam pelat ‘telo’ mat salleh.

Hafiz tak jawab. Dia pusing throttle motor, buat U-turn macam pelesit, sanggup patah balik ikut jalan jauh asalkan tak lalu situ!

Masa dia pecut patah balik tu, dia tengok side mirror. Lelaki tu tengah kejar motor dia dengan cara berlari... tapi laju dia sama macam kelajuan motor Hafiz!

Nasib baik bila masuk je kawasan perumahan yang ada guard house, benda tu hilang.




Kisah di Sebalik “The Phantom Jogger”

Ramai percaya kononnya itu adalah jelmaan orang Inggeris zaman kolonial dulu yang mati kemalangan masa beriadah kat situ, atau mungkin mati dibunuh masa zaman perang Jepun. Sebab tu attire (pakaian) dia nampak old school (seluar pendek atas lutut, stokin tinggi).

Benda tu suka ganggu orang dengan cara "berlumba". Dia pantang kalau ada kereta atau motor lalu perlahan, dia akan cuba "potong" atau muncul kat depan.



Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
“Astaghfirullahalazim…” mengucap panjang Ilyas bila mendengar kisah pasal hantu jogging yang aku ceritakan pada dia dan Shidi.

Aku dan Shidi serentak pandang dia.

“Bro, benda yang kau cerita ni… rupanya aku pernah terserempak beberapa kali masa aku kerja kat tempat lama dulu.

Waktu tu aku keluar rumah pergi kerja tiap subuh buta, dalam pukul 5.30 pagi lalu jalan Bukit Tunku ni lah. Sebab jalan tak sesak lagi, sampai kat area tu dalam 5.45 – 6 pagi macam tu.

Jalan dia memang berliku-like dengan ada beberapa selekoh tajam yang kau tak nampak kenderaan maupun apa-apa objek dari depan. Lampu jalan pun takde. Gelap gelita. Tapi masa tu aku dah biasa sangat hari-hari lalu situ pagi petang jadi aku biasa dah dengan jalan kat situ.

Aku kerap nampak ada seseorang ni tengah berjogging. Aku ni dahla suka buka tingkap kereta luas-luas - both sides, iaitu cermin pemandu dan penumpang sampai habis sebab konon-konon nak sedut udara segar pagi.

Tapi jogger tu… aku sangka dia mungkin expat yang duduk kat area tu dan dah familiar gila dengan tempat tu so dia tak perlu sebarang bantuan cahaya. Dia jogging sorang-sorang je dalam gelap. Aku tak fikir buruk pun sebab mat salleh kan berani dan suka keluar jogging subuh buta sebelum pergi kerja.

So far, beberapa kali aku terserempak dengan dia, takdelah jadi apa-apa benda pelik pun, sekadar bila aku jeling kat cermin pandang belakang nak tengok dia, dah tak nampak pulak….

Tiap kali, dia akan muncul dari arah hadapan iaitu dari satu selekoh tajam yang tak nampak kereta/benda/orang datang dari arah tu. Dia tak pernah pakai apa-apa lampu, dan dia juga akan berlari sama ada di bahagian kiri atau bahu jalan (sebenarnya takde bahu jalan pun, jalan tu sempit, ngam-ngam sebelah kiri gaung yang dipagar tebingnya, kanan pulak bukit).
Aku bawak tak laju dan tak jugak perlahan, tapi bila aku nampak benda kat depan aku akan slowkan kereta.
Aku tak pernah nampak sangat muka dia. Sangat gelap tempat tu takde lampu jalan macam aku cakap tadi. Tapi dari ketinggian dan warna kulit pucat dia aku ingat mesti mat salleh la tu. Dia hanya tunduk sambil jogging perlahan tanpa bunyi – dari tingkap kereta yang terbuka tu aku tak dengar bunyi dia bernafas atau bunyi tapak kaki berlari, kereta aku tengah slow, kalau ada bunyi, sepatutnya boleh dengar.

Dia tak pernah toleh atau pandang aku.

Tapi tak taulah kan, kalau-kalau yang aku jumpa tu memang manusia betul. Tapi bila aku dengar cerita kau ni, deskripsi pasal penampakan tu… mat saleh bersinglet putih, seluar pendek… huish… memang dia la tu.

Mungkin, Allah tak izinkan dia kacau aku kot.

Tiap kali nak keluar rumah, aku akan baca Al-Fatihah sekali, ayatul Kursi sekali dan surah Al-Baqarah ayat 284-286 sekali dan ‘Bismillahillazi laa yadurruma’asmihi…’ sampai habis sebanyak 3 kali. Lepas tu aku berserah dan tawakal jelah pada Allah.

Tiap kali sampai kawasan tu pun, kebetulan waktu dah masuk azan subuh dan radio IKIM pun tengah mengalunkan bacaan quran, zikir dan selawat. Wallahu’alam...”

Cerita Ilyas panjang lebar. Aku dan Shidi terdiam kejap.







Kemudian Shidi pun mula bersuara:

“Allahuakhbar... Alhamdulillah, bro. Meremang aku baca amalan kau tu.

Patutlah... Patutlah dia tak pernah angkat muka, tak pernah "tegur", dan tak pernah cuba berlumba dengan kau. Jawapan dia ada pada apa yang kau baca tu.

"Bismillahillazi laa yadurru ma'asmihi..." (Dengan nama Allah yang tidak memberi mudarat sesuatu pun dengan nama-Nya...)

Itu adalah pendinding yang paling ampuh. Kau dah "pagar" diri kau dan kereta kau siap-siap sebelum keluar rumah.

Ditambah pula masa tu waktu Subuh (waktu pertukaran syif malaikat) dan alunan Quran dari radio IKIM... benda tu mungkin nampak kereta kau macam "bola cahaya" yang berjalan dalam gelap. Dia mampu tengok je dari tepi, mampu lalu sebelah, tapi dia tak mampu nak kacau atau sentuh. Kuasa Allah tu mengatasi segala fizik dan mistik… Allahuakbar.

Sebab tu dia tunduk je. Mungkin dia "segan" atau "panas" dengan apa yang ada dalam kereta kau.

Dan memang betul tekaan kau tu bro, Allah yang izin dia tak kacau.

Kau bayangkan, tingkap terbuka luas kiri kanan, jalan gelap gelita, dia lari sebelah kereta tanpa bunyi... kalau dia toleh dan senyum masa tu, mahu demam sebulan! Tapi Allah tutup pandangan dia dari kau, dan tutup pandangan kau dari nampak wajah sebenar dia. Wallahu’alam.”






Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet, media sosial dan sebagainya. Ia diolah semula dalam gaya penulisan/naratif aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.

-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register