BTC USD 86,230.3 Gold USD 4,321.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Cerita Askar #5: Penjaga Kubu Bukit Tunku

lempeng

Fun Poster
Messages
895
Joined
Dec 16, 2005
Messages
895
Reaction score
145
Points
23
Cerita Askar #5: Penjaga Kubu Bukit Tunku



SIRI PENJAGA TANAH LAMA: “Penjaga Kubu Bukit Tunku”



Lokasi: Bukit Tunku (dulu dikenali sebagai Bukit Kenny)
Tahun kejadian: 1999
Pelaku utama: Mejar (Bersara) Amir



"Kalau tak sedia, jangan ikut kami buat rondaan malam. Bukan semua benda yang kau jumpa waktu gelap tu datang dari dunia kita."






Bahagian 1 – Kembali ke Tempat Lama



Mejar Amir tak pernah bercadang nak kembali ke Bukit Tunku.
Dulu, waktu dia masih aktif dalam perkhidmatan, kawasan itu adalah sebahagian daripada lokasi latihan senyap untuk operasi penyamaran, intipan, dan komunikasi radio.


Bukit itu sunyi. Masih ada tinggalan kubu pertahanan British zaman perang. Ada laluan sempit, gua kecil, dan struktur konkrit setengah runtuh.



Selepas bersara pada tahun 1999, dia diminta oleh satu pasukan dokumentari sejarah untuk menyertai mereka ke kawasan itu sebagai jurupandu dan penasihat.
Dalam team tu, ada 4 orang termasuk juruvideo dan pengurus produksi. Mereka dapat permit khas dari pihak berkaitan, dan ada anggota RELA ikut sekali.
Namun bermula dari malam pertama je... bermacam dugaan yang menimpa.






Bahagian 2 – Bunyi Derapan Langkah Kaki Yang Tersusun



Mereka tiba pada waktu petang dengan menaiki pacuan empat roda. Masa tengah set kamera, juruvideo iaitu Azmi, mengadu sesuatu.

"Tuan... saya terdengar macam ada bunyi orang berjalan seperti sedang berkawad kat belakang sana. Serius."



Mejar Amir hanya tersenyum nipis, "Jangan tegur. Jangan cari. Jangan ikut." Itu saja pesannya.



Sebelum malam tiba, mereka dirikan khemah dekat tapak lama, iaitu sebuah kawasan lapang yang pernah dijadikan zon latihan pada zaman penjajahan.


Jam 1 pagi, semua orang tengah tidur. Tiba-tiba — "DUM. DUM. DUM. DUM."



Bunyi derapan hentakan but yang kuat di atas tanah, teratur serta tersusun.
Macam ada satu platun sedang berkawad melewati kawasan perkhemahan mereka.



Azmi terjaga dulu. Dalam keadaan mengantuk dan kebingungan, dia menjenguk keluar khemah untuk melihat apa yang sedang berlaku.
Dalam samar-samar cahaya bulan, dia ternampak bayang-bayang ramai lelaki berpakaian celoreng zaman dulu, dalam keadaan suasana gelap itu - berarak melintas. Masing-masing menyandang senapang lama. Muka mereka tak jelas serta kabur.

Tapi langkah mereka tetap teratur dan tangkas.






Bahagian 3 – “Dia Sedang Lapor Diri.”



Keesokan paginya, dengan muka pucat lesi, Azmi menceritakan apa dia nampak malam tadi pada semua orang termasuk Mejar Amir. Yang pelik, hanya dia seorang saja yang mendengar bunyi langkah kawad dan nampak kelibat-kellibat anggota tentera tersebut.


Mejar Amir cuma duduk diam, tangannya menggenggam cawan kopi. Lepas semua orang senyap, dia buka cerita…



"Pada tahun 1978 dulu, saya pernah buat latihan di sini. Pada malam terakhir latihan, saya buat solo patrol dan tersesat. Puas saya berpusing-pusing mencari jalan balik ke kem hinggalah sampai kat satu kawasan kubu lama.

Tiba-tiba, ada seorang askar datang dari arah bertentangan. Uniformnya tampak lusuh, macam dari zaman perang dunia kedua. Dia bagi tabik hormat, lepas tu dia cakap —

‘Tuan, kawasan A2 clear. Tiada pergerakan musuh. Mohon perintah seterusnya.’



Saya terkesima. Tak tahu nak jawab apa. Dia masih menunggu jawapan dan arahan lanjut.

Lepas saya balas tabik dan kata ‘Teruskan kawalan’, baru dia berpatah balik dan berjalan ke arah laluan asal dia datang.
Akhirnya saya berjaya jumpa jalan balik ke kem. Bila saya ceritakan pada sarjan yang bertugas ketika itu, dia cuma mengangguk dan berkata:

“Dia tengah lapor diri tu.”






Bahagian 4 – Jejak di Hujung Tanah



Malam kedua, mereka pasang kamera infra merah — saja nak test rakam hutan waktu malam.



Sekitar Jam 3 pagi, salah satu kamera tiba-tiba aktif dengan sendirinya.
Bila diperiksa rakaman kamera tersebut pada keesokannya – ia memaparkan sesuatu yang tak patut ada…



Terlihat kelibat tubuh 7 orang anggota askar DiRaja Melayu yang memakai seragam zaman 40-an kelihatan sedang berehat. Ada yang tidur, ada yang sedang berbaring kepala bertongkat tangan seperti posisi rehat sebelum tidur, ada yang sedang berbual sambil baring dan ada yang sedang duduk. Kemudian tiba-tiba salah seorang dari mereka bangun berdiri lurus tegak, lalu memberi tabik hormat ke arah kamera.

Rakaman terus statik — gambar jadi noisy. Bila line kembali pulih, semua rakaman awal tadi dah hilang!


1755832461366.png








Bahagian 5 – “Ini Tempat Mereka.”



Pada hari ketiga - semasa team sedang berkemas-kemas untuk balik, salah seorang anggota RELA pengiring tiba-tiba jatuh pengsan.



Bagaimanapun, setelah beberapa ketika, beliau akhirnya tersedar dan berada dalam keadaan nanar. Menurut beliau, semasa dalam keadaan tidak sedarkan diri itu, beliau melihat dirinya sedang berdiri dalam barisan bersama ramai askar-askar yang lain. Tetapi yang anehnya, baju celoreng yang tersarung di tubuh mereka tampak compang-camping serta koyak-rabak, mata lebam-lebam dan muka mereka berdarah. Namun, semuanya berbaris tegak dan memberi tabik hormat ke satu arah.



"Diorang... diorang tabik kat saya. Saya tak tahu kenapa..."



Mata Mejar Amir liar memerhatikan keadaan sekeliling kawasan lapang tersebut, angin tiba-tiba bertiup kuat, daun-daun kering berputar. Beliau kemudiannya bersuara:

“Tempat ini... bukan tempat untuk kita tinggal. Tapi tempat untuk mereka-mereka yang tak pernah dapat arahan ‘bersurai’.”


1755832582185.png





Nota Penting:

Cerita-cerita dalam koleksi ini adalah adaptasi peribadi yang dikumpul dari internet (forum/blog/media sosial) dan diolah semula dalam gaya penulisan aku sendiri.
Kalau rasa cerita ni "macam familiar je" sebab pernah tengok kat tempat lain — mungkin sebab ada yang suka salin, tapi tak pernah faham jiwa.
Dalam dunia konten, idea ibarat nyawa — Tapi bila kau salin tanpa rasa, yang tinggal cuma kulit.
-lempeng-
 
Back
Top
Log in Register