Md Hanif
Legendary Member

- Messages
- 13,763
- Joined
- Jun 13, 2023
- Messages
- 13,763
- Reaction score
- 289
- Points
- 146
KOMBINASI gambar menunjukkan kumpulan pendaki berpatah balik semasa Gunung Santiaguito meletus minggu ini. – X
BANDAR GUATEMALA – Sekumpulan pendaki bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri selepas sebuah gunung berapi meletus di Guatemala, lapor majalah People semalam.
Kumpulan itu dirakam cuba menyelamatkan diri apabila Gunung Santiaguito meletus baru-baru ini.
Selepas mendaki menghampiri puncak, mereka segera berpatah balik apabila kawah gunung berapi menghamburkan abu dan asap tebal.
Awan abu yang besar kelihatan memenuhi langit semasa kumpulan pendaki itu menuruni laluan pendakian dikenali sebagai El Paso de la Muerte atau Laluan Maut.
Lelaki yang merakam klip video itu, Carlos Enrique Porres Rodas berkata: “Santiaguito adalah salah satu gunung berapi aktif yang paling berbahaya di rantau Amerika Latin.” – AGENSI
Hampir sampai puncak, pendaki bertempiaran lari
BANDAR GUATEMALA – Sekumpulan pendaki bertempiaran lari untuk menyelamatkan diri selepas sebuah gunung berapi meletus di Guatemala, lapor majalah People semalam.Kumpulan itu dirakam cuba menyelamatkan diri apabila Gunung Santiaguito meletus baru-baru ini.Selepas mendaki menghampiri puncak...
www.kosmo.com.my