BTC USD 76,511.4 Gold USD 4,311.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hampir 200,000 Pemilik JIP Dan Pikap Terima Tambahan 100 Liter Budi Diesel - MOF

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,777
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,777
Reaction score
289
Points
146

Hampir 200,000 Pemilik JIP Dan Pikap Terima Tambahan 100 Liter Budi Diesel - MOF​

31df8f5dce41d42c294516d599d8c3dc6a43bd9248dbe


Hampir 200,000 pemilik kenderaan diesel jenis pikap dan jip telah diluluskan tambahan 100 liter sebulan di bawah BUDI MADANI Diesel (BUDI Diesel), menjadikan jumlah had kelayakan mereka sebanyak 300 liter sebulan bermula Julai ini.

Kementerian Kewangan (MOF) dalam kenyataan hari ini memaklumkan jumlah ini merangkumi lebih 174,000 warganegara di Semenanjung Malaysia dan lebih 22,000 warganegara di Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan Labuan setakat 4 Julai.

“Kemudahan tambahan ini disediakan dengan mengambil kira keperluan penggunaan diesel yang lebih tinggi dalam kalangan pemilik pikap dan jip, termasuk untuk kegunaan perniagaan kecil dan sederhana serta pergerakan ke kawasan luar bandar dan pedalaman,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan dalam kenyataan sama berkata kemudahan tambahan ini membantu pemilik kenderaan untuk mengurus keperluan diesel bulanan mereka.

“Kerajaan memahami bahawa bagi pemilik pikap dan jip diesel, kenderaan ini bukan sekadar untuk perjalanan harian, tetapi turut digunakan bagi mencari rezeki dan mengurus keperluan keluarga.

“Sebab itu, kemudahan tambahan 100 liter ini disediakan. Harapan kita, kemudahan tambahan ini dapat membantu mereka mengurus keperluan diesel bulanan dengan lebih baik,” katanya.

Beliau berkata kerajaan turut meneliti maklum balas rakyat berhubung penggunaan kenderaan diesel milik ahli keluarga terdekat atau kenderaan yang belum dikemas kini rekod pemilikannya.

Bagi kenderaan diesel persendirian individu yang digunakan oleh ahli keluarga terdekat yang berbeza daripada pemilik berdaftar, penerima asal BUDI Diesel boleh membuat permohonan pemindahan kelayakan melalui portal rasmi BUDI MADANI, tertakluk kepada syarat dan pengesahan yang ditetapkan.

Sebagai alternatif, pengguna sebenar kenderaan diesel juga boleh mengemas kini rekod pemilikan kenderaan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ).

 
Back
Top
Log in Register