BTC USD 63,087.5 Gold USD 4,317.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hambar Malaikat Atas Kaabah?

Bro_Izantie

Legendary Member
gem
Messages
17,073
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2009
Messages
17,073
Reaction score
928
Points
161
AKU BARU DPT E-MAIL NI....MUNGKIN TKNIK POTHOSHOP KOT...WALLAHUALAM...


gambarmalaikat.jpg


@yahoo.com; [email protected]
Sent: Sun, October 11, 2009 6:33:12 PM
Subject: Gambar malaikat atas kaabah? Waullah Hua'lam......



wallahualam.....

Gambar malaikat atas kaabah?

Subhanallah. Tak tau nak percaya ke tidak ni. Hoax kah? Menurut email yang diterima gambar ini diambil pada musim haji tahun 2008 oleh seorang wanita yang mengambilnya secara tidak sengaja semasa mengambil gambar orang bertawaf dari tingkat atas Masjidil Haram semasa sebelum subuh.

Secara tiba kameranya mengeluarkan cahaya seperti kilat dan dia menyangka kamera dia sudah rosak. Tetapi apabila dia melihat gambar di kamera terdapat gambar seperti di bawah.

Benar atau tidak cerita ini Wallahualam. .dari cerita yang saya selalu dengar dari rakan yang sudah menyempurnakan rukun kelima ni, kamera tidak boleh masuk ke Masjidil Haram.. Kalau kantul, kamera akan dirampas.



Baitullah, selain daripada menjadi tempat beribadat umat manusia dan jin, turut menjadi tempat tawaf semua malaikat yang ditugaskan di muka bumi ini.

Keistimewaan Baitullah ialah kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di langit.

Menurut riwayat Ibnu Abbas, Rasulullah menyebut Makkah dipilih sebagai tempat binaan Kaabah kerana kedudukannya yang selaras dengan kedudukan Baitul Makmur di alam malaikat.

Apakah dia Baitul Makmur? Baitul Makmur adalah tempat khas yang diciptakan Allah khusus untuk malaikat melakukan tawaf menggantikan tempat yang asal iaitu di Arasy.

Ini kerana Arasy kawasannya amat luas dan sekiranya melakukan tawaf ia mungkin menjangkau waktu hingga ke hari kiamat.

Sebelum terciptanya Baitul Makmur, seluruh malaikat bertawaf di sekitar Arasy sambil beristighfar, bertasbih dan membesarkan Allah sebagai bukti kepatuhan mereka kepada Allah Yang Maha Agung.

Kepatuhan mereka adalah susulan daripada satu peristiwa malaikat cuba mempersoalkan kewujudan Nabi Adam, manusia pertama di muka bumi.

Peristiwa ini disebut dengan jelas dalam surah al-Baqarah (30) bermaksud, "Sesungguhnya Aku akan mencipta di bumi seorang Khalifah. Lantas malaikat bertanya, apakah Engkau akan mencipta di sana seorang yang akan melakukan fasad (kerosakan) dan akan menumpahkan darah, pada hal kami sentiasa bertasbih kepada Engkau? Sesungguhnya Aku mengetahui apa yang kamu tidak ketahui!".

Jawapan tegas daripada Allah menyebabkan malaikat amat takut akan kemurkaan Allah terhadap soalan yang mereka ajukan.

Lalu mereka memohon ampun dan berjanji tidak akan menyangkal keputusan Allah. Mereka seterusnya mengerjakan ibadat tawaf untuk mendapatkan keampunan daripada Allah.

Oh ya berkenaan dengan gambar di atas boleh lihat di blog UNTUK SESAMA INSAN
 
Jangan mudah percaya
 
berbelah bagi nk caya ke x ni
 
Ayat bole percaya tapi gambar tu tak tau la...kalau aku sendiri yg ambik, aku akan mempertahankan kepercayaan aku!!! Hehehe
 
semoga kita bertambah iman setiap hari..

wpun iman kadang2 turun juga..
 
Back
Top
Log in Register