BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Haluan Malaysia Hantar Sukarelawan Bantu Mangsa Banjir Di Aceh

kupanglaut

Super Active Member
Messages
9,708
Joined
Jun 13, 2025
Messages
9,708
Reaction score
97
Points
80
e888994ce98b357a15beb1fc9acc5eb26936738fe9e9c

Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan Malaysia) menghantar pasukan pertama sukarelawannya ke Aceh, Indonesia bagi membantu mangsa banjir di wilayah itu baru-baru ini terutama dalam menyalurkan bantuan makanan kepada mereka.

Pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu diketuai Naib Presiden Kluster Kebajikan dan Kemanusiaan Haluan Malaysia Dr Baharudin Suri, berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hari ini bersama-sama Marwansyah Ismail dan Fadlon Abdul Rahim.

--fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA


Pertubuhan Himpunan Lepasan Institusi Pendidikan Malaysia (Haluan Malaysia) menghantar pasukan pertama sukarelawannya ke Aceh, Indonesia bagi membantu mangsa banjir di wilayah itu baru-baru ini terutama dalam menyalurkan bantuan makanan kepada mereka.

Pasukan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) itu diketuai Naib Presiden Kluster Kebajikan dan Kemanusiaan Haluan Malaysia Dr Baharudin Suri, yang berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) hari ini bersama-sama Marwansyah Ismail dan Fadlon Abdul Rahim.

Ketua Biro Kebajikan Haluan Abdul Halim Kudri berkata pasukan itu akan membuat penilaian awal bantuan yang diperlukan dan menyalurkan sokongan kecemasan termasuk perubatan serta dana bagi membeli keperluan operasi di lapangan.

"Bagi permulaan, seramai tiga sukarelawan akan dihantar ke Aceh bagi membantu saudara-saudara kita, dan kami difahamkan lebih 1,000 mangsa terkorban manakala masih ramai dilaporkan hilang serta gagal dihubungi.

"Ini juga adalah kali ketiga Haluan Malaysia turun padang membantu bencana di Indonesia selepas kejadian tsunami dan gempa bumi sebelum ini namun kemusnahan akibat banjir kali ini amat dahsyat,” katanya kepada pemberita di LTAPP di sini.

Abdul Halim berkata tumpuan awal diberikan kepada bekalan makanan serta bantuan perubatan termasuk menghantar sukarelawan perubatan, dan pihaknya juga merancang membeli lebih banyak barangan keperluan di Aceh berikutan kekangan pengangkutan.

“Kita mempunyai sebuah lori dan dua kereta yang membawa barangan keperluan bernilai kira-kira RM10,000 (sekitar 40 juta Rupiah) untuk diagihkan kepada mangsa banjir yang memerlukan di sana.

“Kami juga difahamkan bekalan makanan di sana sudah habis dan kita berharap dengan kehadiran sukarelawan serta bantuan yang disalurkan dapat membantu sedikit sebanyak,” katanya.

Beliau berkata pasukan sukarelawan Haluan Malaysia akan menjalankan operasi yang diselaras dari Pusat Pembelajaran Haluan Barakah di PD Jaya, yang terselamat daripada bencana namun dikelilingi komuniti yang terjejas teruk.

 
Back
Top
Log in Register