combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Hakim Tarik Diri, Pendengaran Rayuan Zaid Ibrahim Dan Dua Peguam Ditangguh
Datuk Zaid Ibrahim
Mahkamah Rayuan hari ini menangguhkan pendengaran rayuan difailkan tiga peguam termasuk Datuk Zaid Ibrahim untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah mereka terhadap Badan Peguam Malaysia.
Ini berikutan seorang daripada anggota panel hakim Datuk Seri Latifah Mohd Tahar menarik diri daripada mendengar kes itu.
Pada permulaan prosiding, Latifah memaklumkan suaminya Datuk Azmi Mohd Ali merupakan ahli Majlis Peguam dan bertanya peguam terlibat dalam rayuan itu jika mereka mempunyai sebarang kebimbangan mengenai penglibatan beliau untuk mendengar kes tersebut.
Dua lagi hakim yang menganggotai panel itu ialah Datuk Dr Choo Kah Sing dan Datuk Faizah Jamaludin.
Peguam Ashok Kandiah yang mewakili Zaid, Liew Teck Huat dan Rueben Mathiavaranam serta peguam Badan Peguam Malaysia Andrew Chiew Ean Vooi memohon penangguhan singkat untuk mendapatkan arahan daripada anak guam mereka.
Selepas prosiding kembali bersambung, kedua-dua peguam itu memaklumkan panel bahawa mereka tidak meragui kesaksamaan Latifah dalam mendengar rayuan tersebut.
Bagaimanapun, Ashok berkata adalah lebih baik sekiranya beliau menarik diri bagi mengelakkan sebarang persepsi.
Chiew berkata Badan Peguam Malaysia bersetuju dengan perkara itu dan menambah bahawa keadilan bukan sahaja perlu dilaksanakan, tetapi juga perlu dilihat telah dilaksanakan.
Susulan itu, Choo berkata mereka tidak dapat mendengar rayuan itu hari ini disebabkan kekurangan korum dan menetapkan 13 Julai sebagai pengurusan kes untuk menetapkan tarikh pendengaran baharu di hadapan panel yang berbeza.