BTC USD 61,926.1 Gold USD 4,453.08
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Hakikat sebenar Krisis di Mesir

Dari hari tu TT kata nak kasik dedah..mana pendedahan nya?
 
Mengapa Badan Kehakiman mencemuh Morsi?

Jawapan: Ketika ucapan terakhirnya di sebuah auditorium, Morsi telah memberi amaran kepada pemimpin kanan kerajaan supaya tidak mengkritik pentadbirannya. Buat kali pertama dalam sejarah Mesir beliau menyalahkan hakim kerana memaksa beliau membuat pilihanraya semuala tetapi badan kehakiman tidak mendakwa beliau. Morsi juga memberi amaran supaya hakim tidak mempertikaikan sebarang keputusannya. Jika mereka ingkar mereka akan dipenjarakan. Seminggu kemudian beliau digulingkan....
 
Apakah kesilapan terbesar Morsi?

Jawapan: Ketika penggulingan Hoesni Mubarak pada 11.2.2011, Mesir berada di bawah pemerintahan tentera dengan presiden sementara dipegang oleh Tantawi & ketika itu tentera mengawal negara & bukannya Ikhwanul tetapi rakyat tidak memberontak. Tetapi ketika ini, di bawah Presiden sementara Adly Mansur & Jeneral Al-Sisi serta Perdana Menteri Hazem Al-Beblawi, mereka ditiduh bersubahat menjatuhkan Morsi. Kesilapan utamanya ialah beliau tidak bertolak ansur dengan rakyat Mesir. Morsi & Ikhwanul mahu mengubah Mesir MENGIKUT MODEL IKHWANUL!
 
Apakah masa depan Universiti Al-Azhar?

Jawapan: Ketika pemerintahan Morsi, Al-Azhar dikecam hebat hampir setahun. Syeikh Al-Azhar iaitu Syeikh Ahmed Tayep Al-Hassani diprotes oleh pelajar Ikhwanul & diherdik! Tetapi beliau tetap dihormati oleh rakyat Mesir. Beliau sangat bersederhana, beliau sentiasa berdakwah sentiasa cuba membawa pelajar Ikhwanul ke dalam proses politik yang sebenar. Al-Azhar wujud lebih seribu tahun & Insya Allah akan terus kukuh kerana ia adalah institusi yang unggul pelajar Islam di dunia. Cawangannya terdapat di seluruh Mesir!
 
Siapakah parti Salafi?

Jawapan: Salafi ialah kumpulan politik. Sebahagian mereka sangat jujur. Mereka bercakap apa yang mereka fikir. Jika anda salah, mereka akan kata anda salah & begitu juga sebaliknya. Salafi tidak menyokong pilihanraya Presiden tetapi mereka berkempen untuk calon pilihanraya kerana mereka memilih calon yang boleh bekerja. Salafi naif dalam politik. Mereka tidak tahu permainan dalaman politik. Mereka terlalu jujur. Ketika penggulingan Morsi mereka bubarkan Parti Ar Nour kerana mereka sedar Morsi gagal mentadbir negara & memenuhi kehendak rakyat...
 
Siapakah Jeneral Abdel Fattah Al-Sisi?

Jawapan: Beliau sangat popular di Mesir. Beliau sepatunya dipuji kerana mengelakkan perang saudara di Mesir antara kumpulan Tamarod & Ikhwanul. Beliau perlu dipuji kerana meningkatkan keselamatan di Mesir terutamanya di Sinai. Jika tidak sudah lama kami kehilangan Sinai. Beliau berusaha menakluki semula Sinai dari Israel yang pastinya disokong oleh barat. Jika Israel menakluki Sinai kami tidak akan mendapatnya semula. Terdapat 17 % rakyat Mesir yang tinggal di Sinai. Tanpa bantuannya, kami tidakkehilangan Sinai. Pertembungan Tamarod & Ikhwanul dahulu menyebabkan keadaan ekonomi tergugat & beliaulah yang menyelamatkan keadaan itu. Beliau menyarankan perubahan semula dengan mempelawa Ikhwanul & Morsi untuk berbincang dengan Tamarod TETAPI IKHWANUL MENOLAK! Beliau juga menegaskan TIDAK AKAN MENTADBIR MESIR & membiarkan orang lain memimpin. Beliau membantu memberi demokrasi & peluang kepada Morsi serta mahu melihat generasi di Mesir maju. Pada pendapat saya, beliau harus diberi penghargaan!
 
jawapannya dr tuan sendiri ker nie???
tuan penyokong as-sisi???
 
Back
Top
Log in Register