BTC USD 84,086.1 Gold USD 4,162.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

hadis 40

salam,
sesungguhnya saya hanya seorang yang dhaif lg jahil,
jika saudara berkemampuan untuk mensyarahkan hadis berkenaan,silakan dan janganlah menangguhnya,
semoga ianya membawa kita semua kejalan Allah yang benar.

Atas lampu hijau yang diberikan tuan tanah...insya Allah usaha ini akan dilaksanakan secepat yang mungkin...dan kita sama2lah mengaturnya ye....:)

Jazakallah...
 
Hadits Pertama (1)

Bersabda Rasul s.a.w:

إنما الأعمال بالنيات وإنما لكل امرئ ما نوى فمن كانت هجرته إلى الله ورسوله فهجرته إلى الله ورسوله ومن كانت هجرته لدنيا يصيبها أوامرأة ينكحها فهجرته إلى ما هاجر إليه

"Sesungguhnya (semata-mata) setiap amalan itu (berpaksikan) dengan niat. Dan sesungguhnya (semata-mata) bagi setiap seseorang itu (dinilai) dengan apa yang diniatkannya. Sekiranya ia (berniat untuk) berhijrah kerana Allah dan RasulNya, maka hijrahnya itu (dinilai) kepada Allah dan RasulNya. Dan sesiapa yang (berniat) hijrah kerana mengejar (kenikmatan)dunia ataupun (kerana) seorang wanita yang ingin dinikahinya, maka (sekadar) itulah (nilai) hijrahnya"​

Syarah Hadits

Pertama : Aqidah

Hadits ini menekankan bahawa Allah s.w.t menerima amalan seseorang berdasarkan kepada keikhlasan demi keranaNya. Firman Allah:

وما امروا الا ليعبدوا الله مخلصين له الدين حنفاء

"dan tiada lain yang diperintahkan ke atas mereka melainkan memperhambakan diri kepada Allah dengan ikhlas mentaatiNya semata-mata kerana (menjalankan) tuntutan agama" (al-Bayyinah:5)​

Dengan niat yang tulus ikhlas keranaNya maka akan menjauhkan dari penyakit2 jiwa seperti:

1) Ujub: Merasa hebat diri
2) Riya1: Menunjuk2 kebaikan.

Kedua: Feqah

Maksud Niat di sisi Fuqaha` ialah Membezakan Ibadat dengan Adat. dan membezakan satu Ibadat dengan ibadat yang lain.

1. Niat adalah asas ibadah di dalam Islam. Dengan itu para fuqaha` bersepakat mengatakan bahawa dalam soal asas ibadah seperti solat,puasa dan haji tidaka akan sah tanpa didahului dengan niat.

Berbeza pula dari sudut kebersihan (Thaharah), para fuqaha` berselisihan mengenainya. Sebagai contoh jika seseorang berniat untuk mandi junub tapi terlupa untuk niat mandi junub maka bagi pendapat imam Syafi`ie, Malik dan Ahmad adalah tidak sah dan wajib berniat mandi junub semula kerana niat adalah syarat sah dalam bersuci. Berbeza dengan imam Abu Hanifah.

2. Tempat niat adalah hati.

Jika berniat dalam hati tanpa melafazkannya maka ia dikira sah tanpa sebarang khilaf ulama.

3. Sabda Nabi "وإنما لكل امرئ ما نوى" membuktikan bahawa niat ibadat tidak boleh diwakilkan melainkan dalam soal zakat dan sembelihan korban. Manakala ibadah haji pula,seseorang itu tidak boleh niatnya diwakilkan untuk melaksanakan haji untuknya selagi ia masih hidup. Tetapi sah bersama makruh mewakili niat haji seseorang yang sudah mati.

4. Sekiranya seseorang berubah niatnya atau membatalkan niat pertamanya ketika melakukan sesuatu ibadah seperti ketika solat atau puasa maka terbatal kedua ibadah tersebut melainkan haji. namun sekiranya ia membatalkan setelah selesai ibadah tersebut maka tidak mengapa.

5. Berniat dalam talaq (cerai) selagi tidak dilafazkan tidak jatuh talaknya.

Ketiga : Kemasyarakatan (sosial)

Hadits ini meliputi setiap jenis manusia samada lelaki mahupun wanita tanpa terkecuali. Ini sekaligus menunjukkan bahawa memelihara kesucian ibadah dan syariat islam adalah tanggungjawab bersama lelaki dan wanita.


***Secara ringkas ajelah ye...mintak ditambah bagi sesiapa yang mampu dan berminat.Juga jika ada sebarang persoalan boleh dibincangkan di sini ye...[/FONT][/SIZE]
 
Last edited:
Back
Top
Log in Register