BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru rugi hampir RM50,000

lelabah

Super Active Member
gem
Messages
5,779
Joined
Nov 2, 2007
Messages
5,779
Reaction score
927
Points
121
Guru rugi hampir RM50,000


Shahrinnahar Latib
[email protected]

SEORANG guru di Raub terpaksa menanggung kerugian hampir RM50,000 selepas diperdaya sindiket pinjaman tidak wujud yang menggunakan nama sebuah bank, akhir bulan lalu.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Superintendan Mohd Wazir Mohd Yusof berkata, kejadian bermula apabila mangsa lelaki berusia 41 tahun mendakwa melihat iklan berkenaan pinjaman wang di Facebook.

“Mangsa kemudian meninggalkan nombor telefonnya di ruang komen sebelum tidak lama kemudian dihubungi oleh seorang lelaki kononnya dari CIMB Kuala Lumpur.

“Setelah berbincang, mangsa bersetuju untuk membuat pinjaman sebanyak RM50,000,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.
Katanya lagi, suspek juga meminta mangsa untuk menyerahkan salinan MyKad, salinan slip gaji dan penyata akaun.

“Selepas menyerahkan semua dokumen itu, suspek menyatakan permohonan pinjaman mangsa diluluskan, namun perlu membuat bayaran untuk membuka akaun, insurans dan yuran pinjaman berkenaan,” katanya.

Beliau berkata, mangsa kemudian membuat 12 kali pindahan wang ke dalam lima akaun yang diberikan suspek membabitkan jumlah RM49,049.

“Namun sehingga kini, mangsa masih belum menerima wang pinjaman berkenaan dan diminta untuk membuat bayaran lagi.
“Mangsa membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Raub, semalam. dan siasatan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu,” katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 10 April 2020 @ 9:44 AM
 
Cikgu ohhhhhhhhhh cikgu. Nak pinjam RM50k tapi dah serah hampir RM50k untuk pelbagai urusan.

Tak boleh hadam berita ni. Atau dah kena pukau?
 
simpati sungguh. tapi kan dah banyak kes macam ni.
 
Tak apa lah cikgu, sekurang-kurangnya gaji masih jalan penuh masa PKP ni.
Yang kerja swasta/sendiri dah paras hidung dah masa ni.
 
Scammer nie sangat bijak sampai kita pun pikir mcm tak logik jika nak pinjam 50k kena bank in dulu 49k.. Tapi adalah trick yang di gunakan..

Ada satu movie korea pasal scammer nie.. Memanh licik diorg menipu.. Golongan professional pun kena scam
 
parent aku dah pencen lama dah..

aku mmg selalu pesan dkt diorang,

kalau dapat call dari suara "robot"

terus letak telefon.. tak rugi apa pon sebenarnya..

kalau dkt overseas lagi sadis..

ade "hitman" akan randomly hantar message dkt mana2 mangsa

konon ada arahan utk "senyapkan" dia.. tp konon boleh kautim kalau bayar "pampasan"

tp cikgu2 mmg selalu kena mcm ni.. maybe sbb dah terbiasa dgn cara bercakap org gomen pastu takut org sebut pasal denda / mahkamah agaknya lah.. i.e law abidding citizens

jenis naya orang.. berpuluh tahun keja duit pencen kena tipu mcm tu jah.. tp aku ade dengar jugak kalau kes2 mcm ni, duit tu sebenarnya mungkin boleh cover balik sbb simpanan kita tu dah di insurankan .. tp tak tau full details, kot2 ade yg boleh share tips dkt sini..
 
Back
Top
Log in Register