BTC USD 77,978.6 Gold USD 4,368.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru merogol murid tahun 6

Polis menahan seorang guru lelaki berusia 28 tahun kerana disyaki mencabul seorang murid sekolah rendah berusia 12 tahun di Masai, Johor Bahru.

Sepasukan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Seri Alam menahan suspek terbabit pukul 10.30 malam tadi selepas ibu mangsa yang berusia 37 tahun membuat laporan polis pukul 9 malam tadi.

Terdahulu tular dalam Facebook mendakwa seorang guru lelaki merogol anak muridnya yang berusia 12 tahun dan mendakwa kes tersebut berlaku sekitar September 2025.

Pemilik akaun berkenaan yang dipercayai seorang guru mendakwa, perbuatan tersebut sudah dilaporkan kepada pihak polis sebelum ini dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pasir Gudang tetapi tiada tindakan.- MalaysiaGazette

#malaysiagazette
 
haram jadah punye cikgu
 
Back
Top
Log in Register