BTC USD 76,586.2 Gold USD 4,362.61
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Tidak puas hati ditegur, murid 9 tahun kejar guru dengan parang

Md Hanif

Legendary Member
gem
Messages
13,780
Joined
Jun 13, 2023
Messages
13,780
Reaction score
289
Points
146

Tidak puas hati ditegur, murid 9 tahun kejar guru dengan parang​

KEJAR-VIRAL.jpg

PENGAWAL keselamatan berjaya memujuk pelajar itu untuk meletakkan parang. - Facebook Ton Or Pen Nueng

BANGKOK – Seorang guru sekolah rendah nyaris cedera selepas seorang murid mengejarnya sambil membawa sebilah parang di sebuah sekolah di daerah Mueang, Wilayah Sakon Nakhon, lapor portal berita MS News.

Klip video pendek dikongsikan di laman Facebook Social Hunter 2022 kelmarin memaparkan guru berkenaan berlari menyelamatkan diri sementara budak lelaki itu mengekorinya dari belakang sambil menghunus parang besar di tangan.

Malah, murid tersebut dilaporkan menunjukkan tingkah laku ganas bagi satu tempoh yang lama, namun pihak sekolah gagal menangani isu tersebut.

Aktivis masyarakat, Chalida berkata, insiden berlaku pada 12 Jun lalu.

Menurutnya, murid lelaki yang berumur kira-kira  sembilan tahun itu dilaporkan bertengkar dengan rakan sekelasnya.

Guru mereka kemudian  masuk campur dan menegur tindakan murid tersebut, namun dibalas dengan makian oleh kanak-kanak itu.

Ekoran itu, murid tersebut telah dihantar pulang ke rumah dan ibu bapanya dimaklumkan tentang situasi yang berlaku.

Tidak lama kemudian, murid itu kembali semula ke sekolah dengan membawa sebilah parang lalu mencari guru yang menegurnya.

Situasi  tegang apabila murid berkenaan mengejar gurunya di sekitar kawasan sekolah, menyebabkan rakan-rakan sebayanya menangis ketakutan dan berada dalam keadaan panik.

Seorang pengawal keselamatan sekolah berjaya memujuk murid tersebut untuk beralih ke kawasan padang permainan terbuka dan dengan tenang meyakinkannya untuk meletakkan senjata berkenaan. – AGENSI

 
Back
Top
Log in Register