BTC USD 63,157.2 Gold USD 4,326.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru Malaysia paling komited

marvelous

Legendary Member
gem
Messages
17,046
Joined
Aug 21, 2006
Messages
17,046
Reaction score
2,972
Points
261
BUDGET_2017LAKA_1542875056.jpg

BANCIAN oleh Cambridge Assessment International Educationmenunjukkan latih-tubi menerusi soalan peperiksaan lalu ialah kaedah yang paling popular dalam kalangan guru di Malaysia untuk membantu pencapaian akademik pelajar. - Foto hiasan NSTP/KHAIRUNISAH LOKMAN


KUALA LUMPUR: Bancian Pendidikan Global oleh University of Cambridge mendapati guru di negara ini antara paling berdedikasi di dunia dalam memastikan pelajar mencapai kecemerlangan, selain paling menyukai pekerjaan mereka.

Sebanyak 70 peratus guru yang menyertai banci itu percaya tugas mendidik mempunyai ganjaran tersendiri.

Bancian oleh Cambridge Assessment International Education (Cambridge International) itu juga mendapati tiga daripada empat guru di negara ini mengadakan kelas tambahan untuk membantu murid mereka mencapai keputusan terbaik dalam peperiksaan.

Laporan bancian berkenaan yang dipetik menerusi laman web https://www.cambridgeinternational.org, menunjukkan latih-tubi menerusi soalan peperiksaan lalu ialah kaedah yang paling popular dalam kalangan guru di Malaysia untuk membantu pencapaian akademik pelajar.

Bancian itu melihat pembelajaran dan pemudahcaraan (PdPc) dalam kalangan pelajar berusia di antara 12 hingga 19 tahun dan guru di 10 negara iaitu Malaysia, Argentina, China, India, Indonesia, Pakistan, Arab Saudi, Sepanyol, Afrika Selatan dan Amerika Syarikat.

Sebanyak 477 pelajar dan 634 guru Malaysia terbabit dalam bancian itu.

Secara keseluruhannya, Bancian Pendidikan Global mendapatkan pandangan hampir 20,000 guru dan pelajar seluruh dunia mengenai pelbagai topik mencakupi amalan kelas terbaik dan PdPc.

Selain itu, penggunaan teknologi dalam PdPc, aspirasi pelajar dan motivasi guru yang mendapati semua faktor itu diamalkan pendidik di Malaysia.

Penyelidikan dijalankan kumpulan itu sebahagian daripada program dilaksanakan University of Cambridge untuk menilai guru dan pelajar di seluruh dunia.

Pengerusi Rantau Asia Tenggara dan Pasifik, Cambridge Assessment International Education, Dr Ben Schmidt, berkata kajian itu penting untuk membantu hampir sejuta pelajar di seluruh dunia yang mengikuti program University of Cambridge pada masa depan.

https://www.bharian.com.my/berita/p...T3Muf9hzue866YaGHFjGbV0jehzM6Jd_lCRU#cxrecs_s
 
Tahniah cikgu. Sat lagi keluaq la "katok, katok, katok"
 
tahniah kepada semua guru, anak guru, dan anak didik guru...

jarang-jarang cikgu kat malaysia ni di puji..biasa kena saman..kena pijak...

bertabah lah wahai guru-guru di Malaysia...

aku doa kan kepada bekas guru guru ku supaya mereka sentiasa di berkati sama ada yang masih hidup atau pun yang sudah tiada...

guru ku yang telah mengajar A, B , C sehingga lah apa yang aku jadi sekarang...

bermula dengan seorang guru.....
 
Sebab terlampau komited le banyak cikgu yang kena saman sebab terlebih komited dari mak bapak murid sendiri.
 
Sebab terlampau komited le banyak cikgu yang kena saman sebab terlebih komited dari mak bapak murid sendiri.

hahaha..

deep..

sebenarnya pon sebab mak bapak gini dah membunuh kerier guru..

makin ramai yang mengelak dari kerjaya ini..

bley tengok, lelaki amat jarang apply kerja cikgu nih..
 
cis aku baru je nak ambik pendekatan ‘lantak kaula budak’ tapi dah kena puji ni nampak gaya kena angkat balikla rotan
 
Back
Top
Log in Register