BTC USD 81,880.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru KAFA..jgn dipandang rendah..

IjanSmart

Active Member
Messages
1,487
Joined
Aug 10, 2010
Messages
1,487
Reaction score
48
Points
30
Kerajaan diharap dapat mempertimbangkan untuk menyerap kira-kira 30,000 guru Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (KAFA) ke jawatan tetap bagi menjamin masa depan dan kerjaya yang lebih baik dalam profesion perguruan.

Pada masa kini, guru KAFA berkhidmat menerusi ikatan kontrak dan mereka tidak layak mendapat faedah seperti mana penjawat awam yang mendapat kemudahan perubatan dan pinjaman perumahan.

Menurut Datuk Md Sirat Abu (BN-Bukit Katil) menerusi penyerapan ke jawatan tetap, kebajikan guru KAFA akan lebih terbela di samping memberi pengiktirafan kepada sumbangan mereka dalam pendidikan agama kepada kanak-kanak.

“Guru KAFA adalah warga pendidik yang memainkan peranan besar dalam pendidikan Islam di negara ini.


“Tugas mereka sangat mulia dalam melahirkan generasi cemerlang ilmu dunia dan akhirat, disamping membentuk akidah dan sahsiah murid-murid dalam membentuk modal insan,” katanya ketika membahaskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2012.

Beliau berkata kebajikan guru KAFA perlu diberi perhatian agar mereka mendapat kemudahan setaraf dengan guru-guru sekolah dibawah Kementerian Pelajaran.

Persidangan Dewan bersambung Khamis.

– BERNAMA
 
KOTA BHARU – Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), akan berusaha untuk mewujudkan skim perkhidmatan kepada seramai kira-kira 5,236 Guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) di negeri ini bagi membolehkan mereka diserap ke satu jawatan tetap dan mempunyai gaji gred S17.

Ketua Pengarah Jakim, Othman Mustapha berkata, bagi merealisasikan rancangan itu, pihak Jakim kini sedang merangka satu draft awal berhubung perkara berkaitan untuk dibincang dengan agensi pusat.

“Ini merupakan satu usaha bagi membela kebajikan guru Kafa memandangkan mereka sekarang ini belum mempunyai sandaran gred.”

“Ia bagaimanapun akan dilakukan secara berperingkat,” katanya ditemui selepas menghadiri majlis wacana ilmu bersama ibu bapa murid dan guru kafa di sini kelmarin.

Program anjuran bersama Jabatan Pembangunan Persekutuan, Jakim dan Jabatan Pelajaran Kelantan itu turut dihadiri hampir 600 guru Kafa dan ibu bapa.

Dalam perkembangan berkaitan, beliau berkata, Jakim memperuntukkan sebanyak RM58 juta setiap tahun kepada Kelantan bagi menanggung kos bayaran elaun guru berkenaan di negeri ini.

“Guru terbabit diamanah untuk mengajar Kafa di 416 sekolah di negeri ini membabitkan pelajar seramai 143,505 orang,” katanya.

–KHABAR KB





Read more: http://www.khabarkotabharu.com/jawat...#ixzz1hsaneLs6
 
x tau sampai bile lg nak tunggu nasib guru kafa dibela.. msih ramai org x nampak jasa guru2 kafa ni. tunggu ape kate kerajaan selangor plak.emmm
 
Aku sebagai guru KAFA Perak nak sgt benda ni jadi, tapi kalau korang nak tau, kemungkinan besar Jakim akan lepaskan KAFA kpd PPD, bermakna 600 buah sekolah KAFA di Perak akan ditutup sebab KAFA akan dilaksanakan di Sekolah Rendah shj...
 
600 buah sekolah KAFA di Perak akan ditutup!!...ish ish ish...
 
600 buah sekolah KAFA di Perak akan ditutup!!...ish ish ish...

di Perak la, sebab Kafa Perak Kafa Integrasi, so pasni kalau PPD amik alih, jadi Kafa Tulen....

Senang paham, sesi persekolahan hanya sekali jer, ptg budak2 boley pi 1M 1S puas2...hehehe
 
Back
Top
Log in Register