BTC USD 62,806.1 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Guru diragut dua lelaki

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Parehah (kanan) bersama suami menunjukkan beg, buku bank dan beberapa dokumen penting yang ditemui semula manakala duit dan barangan berharga lesap dilarikan peragut.
< 1 / 1 >
KUALA KURAU - Seorang guru kerugian hampir RM3,000 apabila beg tangan yang diletakkan dalam bakul motosikal diragut dua lelaki dalam perjalanan pulang selepas membayar bil di sebuah bank berhampiran, kelmarin.

Mangsa, Parehah Ramli, 46 memaklumkan, kejadian berlaku sekitar jam 4 petang di Kampung Parit Abas, di sini, yang mana motosikal dinaikinya tiba-tiba dihimpit dua lelaki bermotosikal yang memakai topi keledar bercermin gelap.

Parehah yang merupakan seorang guru di Sekolah Kebangsaan (SK) Teluk Pial berkata, salah seorang suspek telah merampas beg tangannya dalam sekelip mata sebelum kedua-dua suspek melarikan diri dari lokasi kejadian.

"Kejadian itu berlaku sewaktu berhampiran sebuah kedai sayuran. Saya tergamam seperti dipukau dan tidak sempat buat apa-apa. Saya hanya mampu memerhati mereka melarikan diri ke arah jalan utama.

"Beg tangan yang dicuri mengandungi wang RM400 dan dua utas gelang tangan emas yang diletakkan dalam sebuah beg kecil selain dokumen penting seperti kad pengenalan dan buku bank," katanya.

Tidak menafikan kecuaian diri, Parehah berkata, satu laporan polis telah dibuat di Balai Polis Kuala Kurau pada jam 5 petang kelmarin dengan ditemani suaminya.

Tambahnya, tidak lama selepas laporan dibuat, dia dimaklumkan ada pihak menjumpai beg tangan mengandungi dokumen penting miliknya di sebuah batas sawah di Kampung Parit Haji Samsuri, di sini.

"Saya bergegas ke tempat itu bersama suami dan mendapati semua dokumen pengenalan diri serta dokumen penting masih berada dalam beg tangan itu. Namun wang tunai dan dua gelang emas lesap.

"Lebih mengejutkan, sekeping plat nombor pendaftaran kenderaan sengaja ditinggalkan dalam beg tangan saya itu dan saya serahkan kepada polis dengan segera untuk membantu siasatan.

Katanya, ini merupakan kejadian kali pertama dialaminya dan Parehah menyeru semua penunggang motosikal khususnya golongan wanita agar lebih berhati-hati terutama ketika melalui jalan sunyi dan gelap.




sumber:http://www.sinarharian.com.my/guru-diragut-dua-lelaki-1.195079
 
Beg tangan letak dlm bakul moto mmg jd sasaran la.. patut kena pakai givi box tu..
 
Kuala Kurau pun dah ada.. berleluasa betul ragut. Kesian Cikgu Parihah
 
dalam beg je dah 3 ribu. kat dalam rumah tak tau ada berapa juta
 
lain kali ambik cakna la... dah banyak kali kes mcm ni. simpan beg dlm raga moto.
 
Beg tangan letak dlm bakul moto mmg jd sasaran la.. patut kena pakai givi box tu..
Mmg kecuaian sendiri. Memberi peluang kepada penjenayah. Apa2pun berharap penjenayah cepat tertangkap.
 
Back
Top
Log in Register