BTC USD 62,941.6 Gold USD 4,460.92
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gurauan kejam jururawat

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
58,370
Joined
Nov 9, 2008
Messages
58,370
Reaction score
5,557
Points
721
penyek3_cropped_1515075223.jpg


SEKUMPULAN jururawat Arab Saudi dipecat selepas merakam video menunjukkan mereka ketawa sambil ‘memenyekkan’ muka seorang bayi baru dilahirkan yang dirawat kerana jangkitan kuman.

Ibu bapa bayi berkenaan menyedari perbuatan tidak senonoh mereka selepas rakaman itu tersebar dalam talian dan dikongsikan di media sosial.

Dalam video itu, seorang jururawat dilihat memegang bayi itu pada tengkuk dan lehernya sebelum memicit muka bayi berkenaan manakala rakannya didengar ketawa.

Tiga jururawat di hospital bersalin di Taif, Arab Saudi itu, kemudian dikenal pasti dan diambil tindakan.

Jurucakap Hal Ehwal Kesihatan Taif, Abdulhadi Al-Rabie berkata, pihaknya menyiasat sumber video dan mengenal pasti jururawat serta hospital tempat ia berlaku.

Bapa bayi berkenaan memberitahu media tempatan, anaknya dimasukkan ke hospital selama 10 hari untuk rawatan jangkitan kuman pada saluran kencing.

Katanya, dia terkejut melihat video itu dikongsikan meluas di media sosial.

Pengguna media sosial turut menyelar perbuatan itu.

“Beraninya mereka berbuat begini. Tiga jururawat itu patutnya bersyukur saya bukan ibu bayi itu. Pasti saya penyekkan muka mereka dengan lebih kuat lagi!” kata seorang pengguna.

https://www.hmetro.com.my/global/2018/01/300053/gurauan-kejam-jururawat
 
ini mesti terpwngaruh video yang tular kat tenet memenyekkan muka bayi.. siap ada lagunya sekali
 
Kat mesia nurse comel & howt..bapak2 seolah2 diseksa acaner tu..
 
Nak bergurau x bertempat...nyawa tu...mana etika kejururawatan masa belajar di kolej.. ini bukan patung mainan...
Kan dah kena buang kerja...
 
Bukankah di dalam kawasan wad adalah kawasan larangan untuk merakam fotografi?
 
Back
Top
Log in Register