eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
KUALA LUMPUR: Bacul apabila seorang lelaki sanggup menggunakan nama dan alamat rumah bekas isterinya untuk membuat pinjaman along semata-mata ingin membalas dendam terhadap wanita itu.
Akibatnya, ibu tunggal beranak dua itu kini hidup dalam ketakutan kerana kumpulan along terbabit bukan saja memburu dan mengugutnya tetapi turut mengancam keselamatan anaknya berusia lapan dan 12 tahun.
May, 34 seorang pembantu akaun berkata, dia berpisah dengan bekas suaminya, seorang tukang kunci September lalu apabila tiga tahun tak tinggal bersama kerana tidak tahan dengan sikap kaki joli lelaki terbabit.
“Sejak berpisah saya tidak pernah berjumpa dengannya dan terkejut apabila tiba-tiba dihubungi seorang lelaki mendakwa pengutip wang meminta melangsaikan hutang bekas suami.
“Apa yang menakutkan, dia bukan berhutang dengan seorang along tetapi lima menyebabkan telefon bimbit dan rumah tidak henti berdering diganggu mereka yang berkeras inginkan wang mereka,” katanya ketika ditemui di Biro Pengaduan Awam MCA semalam.
Menurut ibu tunggal itu, walaupun beberapa kali menjelaskan dia sudah bercerai dengan suaminya yang dikenali sebagai Lim, 38 semua along terbabit tidak mempercayainya.
“Mereka menyuruh saya bertanggungjawab ke atas hutang yang saya sendiri tidak tahu jumlahnya. Ini kerana nama dan alamat rumah saya digunakan dalam urusan peminjaman terbabit.
“Saya percaya ini sebahagian dari dendam bekas suami kerana menuntut cerai daripadanya. Ketika menjadi isterinya dulu, saya pernah menjelaskan hutang along sebanyak RM30,000 yang kononnya dipinjam bagi memajukan perniagaan kedai kuncinya sedangkan setiap malam dia keluar berfoya-foya dan menagih dadah,” kata May.
May menganggap tindakan bekas suaminya itu sebagai hilang akal kerana anak-anak hasil perkongsian hidup mereka selama lebih 10 tahun kini sering ketakutan.
“Mereka enggan keluar rumah dan menangis apabila mendengar telefon berbunyi. Kerana tidak tahan diganggu saya membuat laporan polis Khamis lalu,” katanya yang meminta bekas suaminya tampil melangsaikan hutang terbabit.