BTC USD 86,003.0 Gold USD 4,333.54
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Info Gua Di Temukan Di Permukaan Bulan

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,588
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,588
Reaction score
7,740
Points
916
Saintis dari Itali minggu ini mengumumkan penemuan gua pertama di permukaan bulan. Ia terletak hanya 400 km daripada tempat pendaratan misi pertama ke bulan Apollo 11. Sejak 50 tahun lalu, saintis mempunyai hipotesis ribuan kawah yang terdapat di permukaan bulan mungkin menyorokkan pintu masuk ke gua. Lorenzo Bruzzone dan Leonardo Carrer, dua saintis dari University of Trento Italy menemukan gua yang terletak di Mare Tranquillitatis selepas menganalisa data imbasan radar misi Lunar Reconnaissance Orbiter (LRO) oleh NASA yang memetakan permukaan bulan.

Gua-Bulan-B-950x950.jpg.webp


Walaupun misi dilakukan pada tahun 2010, data yang dikumpul hanya diproses baru-baru ini. Dianggarkan gua yang ditemukan mempunyai bukaan selebar 40 meter dan mungkin sedalam 100 meter dengan ia terbentuk daripada tiub lava yang roboh. Dipercayai terdapat ratusan lagi struktur seperti ini di permukaan bulan yang boleh diterokai oleh misi masa hadapan. Kerana ia sudah sedia wujud, saintis mencadangkan gua-gua permukaan bulan boleh dijadikan markas oleh angkasawan masa hadapan bagi melindungi mereka daripada radiasi kosmik dan suhu ekstrem 127°C apabila disinari matahari dan menjunam ke -173°C pada waktu malam.

Memandangkan ia sentiasa terlindung oleh bayang-bayang, gua-gua bulan mungkin juga mengandungi ais yang boleh dijadikan sumber minuman serta bahan api.
Rujukan https://pressroom.unitn.it/comunicato-stampa/existence-lunar-lava-tube-cave-demonstrated
 
macam rupa lobang dinding bilik air yg ditebuk oleh kaki skodeng
 
Dia mendarat pun aku xpercaya dh niekan ada org hahaha....ada sorang ja kt sana olga abg pendekar laut 🤣🤣🤣
Dia dah jumpa brader yg minum kopi cap kapal api ke tu.. lama dah dia tak balik kg...
 
Back
Top
Log in Register