ZONDA
Legendary Member

- Messages
- 14,904
- Joined
- Feb 8, 2011
- Messages
- 14,904
- Reaction score
- 46
- Points
- 120
Alias Ahmad
KUALA LUMPUR 1 Mei - Sebuah pasar raya di Bangi dekat sini menjadi pasar raya pertama yang akan didakwa di bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011 di Mahkamah Sesyen Shah Alam, Selasa ini.
Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), Datuk Seri Alias Ahmad berkata, pertuduhan itu dibuat ekoran pemeriksaan oleh sekumpulan penguat kuasa kementerian terbabit pada pukul 4.30 petang semalam.
“Sebutan kes ini nanti dibuat di Mahkamah Sesyen Khas Anti Pencatutan di Shah Alam Selasa dan ia adalah yang pertama dibuat KPDNKK di bawah akta tersebut,” katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini.
Sementara itu, Alias berkata, sejak cukai barang dan perkhidmatan (GST) dilaksanakan pada 1 April lalu hingga semalam, KPDNKK telah mengadakan 188,000 pemeriksaan di pelbagai jenis premis perniagaan di seluruh negara.
Katanya, daripada pemeriksaan yang dilakukan 2,000 anggota penguat kuasa kementerian tersebut, 34 premis perniagaan didapati melanggar akta itu dan akan didakwa di mahkamah.
“Semua 34 tangkapan kerana melanggar akta itu akan disebut satu persatu di mahkamah dalam masa terdekat ini pada setiap minggu sehingga selesai.
“Jika sabit kesalahan, syarikat yang didapati bersalah akan dikenakan denda sehingga RM500,000 manakala kesalahan membabitkan individu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000, penjara tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.