BTC USD 62,450.4 Gold USD 4,511.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Greece terselamat

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg



BRUSSELS 13 Julai - Teka-teki tentang masa depan Greece akhirnya terjawab hari ini apabila Kesatuan Eropah (EU) mengumumkan Athens kekal bersama zon mata wang euro selepas persetujuan dicapai terhadap pelaksanaan pelan perjanjian pembaharuan ekonomi Athens untuk kali ketiga sejak 2010.

Keputusan itu sekali gus memberi harapan baharu buat negara itu daripada muflis.

Presiden EU, Donald Tusk dalam kenyataannya mengumumkan, semua 19 pemimpin zon euro bersetuju dengan pelaksanaan program Mekanisme Kestabilan Eropah (ESM) untuk Greece dengan mengenakan syarat pembaharuan yang ketat dan sokongan kewangan.

Menurut Tusk, keputusan berkenaan memberi peluang kepada Greece mengelak daripada menerima kesan buruk terhadap sosial dan politik negara itu selepas semua pihak mengadakan perbincangan selama 17 jam.

“Bagaimanapun Athens masih perlu mematuhi syarat ketat yang dikenakan melalui perjanjian tersebut,” tegas beliau.

Berdasarkan perjanjian itu, Perdana Menteri Greece, Alexis Tsipras bersetuju untuk melaksanakan pembaharuan dengan jaminan selama tiga tahun melibatkan pinjaman berjumlah 86 bilion euro (RM363 bilion), program ketiga yang dilaksanakan oleh Athens dalam tempoh lima tahun.

Syarat penuh tentang perjanjian itu masih belum didedahkan, tetapi persetujuan yang dicapai dipercayai melibatkan terma yang lebih ketat berbanding usul awal yang pernah ditawarkan kepada Greece sebelum ini.

Menteri Kewangan Finland, Alex Stub berkata, berdasarkan syarat yang dibentangkan semalam, Athens perlu melaksanakan undang-undang baharu yang lebih ketat terutamanya membabitkan langkah penjimatan termasuk pemotongan cukai, pencen dan lain-lain.

“Dana Kewangan Antarabangsa (IMF) turut terlibat dalam syarat perjanjian dan Greece perlu mencagarkan aset berjumlah kira-kira 50 bilion euro (RM211 bilion) dalam bentuk wang di Luxembourg bagi tujuan penswastaan,” katanya.

Athens mencetuskan kemarahan dalam kalangan anggota EU dan IMF apabila melaksanakan pungutan suara pada 5 Julai lalu yang menyaksikan majoriti rakyat negara itu menolak tawaran pembaharuan ekonomi dan langkah penjimatan oleh pemiutang antarabangsa. – AFP
 
Semoga ekonomi greece akan kembali stabil in future.
 
semoga memberi kesan positif utk ekonomi dunia
 
aduh...dah tak ada meeting lagi ke weekend next next week??? aduh...rugi rugi... kalau tak boleh makan monday gap lagi...:D
 
yahuuu..kasi roket la...
 
best apa.gomen berhutang tanpa fikir.rakyat terima azab.kerajaan greece terbaik di dunia.:)paid
 
Back
Top
Log in Register