BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Great Eastern Takaful Raih Pelbagai Pengiktirafan Pada Anugerah Industri

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,153
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,153
Reaction score
346
Points
141

Great Eastern Takaful Raih Pelbagai Pengiktirafan Pada Anugerah Industri​

6ad898188f1b125055d825ce7afdc3126a158eeaca1c8

f0bf7d65227687d2b12f45128010834b6a158f5718d4e

Kredit: Great Eastern Takaful Berhad

Great Eastern Takaful Berhad (GETB) meraih pelbagai pengiktirafan pada Employee Experience Awards Malaysia 2026  dan Takaful Star Awards 2026, sekali gus memperlihatkan kekuatan dalam pembangunan bakat, kecemerlangan tempat kerja dan prestasi perniagaan takaful.

Pengendali takaful keluarga itu memenangi empat anugerah, iaitu Program Kepimpinan Wanita Terbaik, Strategi Komunikasi Sumber Manusia Terbaik, Inisiatif Pembelajaran Jarak Jauh Terbaik dan Strategi Peningkatan Kemahiran Terbaik pada Employee Experience Awards Malaysia 2026.

Pengiktirafan ini adalah komitmen berterusan syarikat dalam membina persekitaran kerja yang progresif, penuh kepelbagaian dan inklusif, memperkukuh penglibatan pekerja serta meningkatkan keupayaan tenaga kerja melalui pembelajaran berterusan dan inisiatif pembangunan kepimpinan.

Wakil Lantikan GETB Jasveen Kaur Marne berkata pengiktirafan itu mencerminkan komitmen berterusan syarikat dalam membina organisasi yang berteraskan warga kerjanya ke arah persediaan masa hadapan.

“Kami memperkasakan wanita melalui saluran kepimpinan yang telah dirancang secara berstruktur dalam ekosistem yang inklusif di samping terus memperkukuh strategi komunikasi.

“Kepercayaan kami bahawa pembelajaran perlu fleksibel dan mudah diakses bagi membolehkan warga kerja kami lebih berkembang pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

GETB turut menerima pengiktirafan di Takaful Star Awards 2026 yang dianjurkan Persatuan Takaful Malaysia (MTA), dengan meraih anugerah dalam kategori individu dan perniagaan kumpulan.

Dalam kategori Perniagaan Individu Takaful Keluarga, syarikat itu menerima anugerah Pengurus Agensi Terbaik (Langsung) dan Pengurus Agensi Terbaik (Kumpulan).

Dalam kategori Perniagaan Takaful Keluarga Berkelompok, GETB merangkul anugerah Pengeluar Perniagaan Berkelompok Terbaik dan Agensi Korporat Perniagaan Berkelompok Terbaik, selain Anugerah Ejen Terbaik MC MTA di bawah Kategori Khas.

 
Back
Top
Log in Register