BTC USD 62,043.3 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

News Google Mula Gesa Pengguna Tetapkan Passkeys Secara 'Default'

Xploit Machine

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
73,459
Joined
Nov 23, 2012
Messages
73,459
Reaction score
7,735
Points
916
Google pada Mei lalu telah memperkenal Passkeys, iaitu cara lebih mudah dan pantas untuk log masuk ke aplikasi serta laman web tanpa perlu memasukkan kata laluan pada akaun Google pengguna. Kini, Google akan mula menggesa pengguna menetapkan Passkeys untuk akaun mereka secara default. Ini bermakna, apabila log masuk ke akaun kelak, pengguna akan mula melihat gesaan untuk menetapkan dan menggunakan Passkeys. Pengguna juga akan melihat pilihan "Skip password when possible" dalam tetapan Google Account.​

1697100364706.png

Untuk makluman, Passkeys merupakan standard log masuk baharu, membolehkan pengguna tidak perlu bergantung kepada kata laluan sedia ada. Dengan menetapkan Passkeys, log masuk boleh dilakukan melalui pengesahan biometrik seperti imbasan cap jari, imbasan wajah atau kod PIN peranti. Walaupun begitu, Google mengatakan buat masa ini kata laluan tradisional masih boleh digunakan untuk log masuk dan pengguna diberi pilihan untuk tidak menetapkan Passkeys dengan memilih "Skip password when possible".

Sumber asal Google
 
Back
Top
Log in Register