Luqmanul Hakim
CG Top Poster Club

- Messages
- 23,318
- Joined
- Mar 17, 2010
- Messages
- 23,318
- Reaction score
- 4,848
- Points
- 196
Serangan dibalas tembakan
GOMBAK: Tindakan tiga lelaki bersenjatakan parang dan kayu menyerang sebuah restoran di Batu 14, Rawang, dekat sini, untuk menyamun bertukar sebaliknya apabila pemilik kedai terbabit melepaskan tiga das tembakan dan terkena dua lelaki terbabit.
Bagaimanapun, semua lelaki itu melarikan diri.
Dalam kejadian jam 2 petang kelmarin, mangsa yang berusia 55 tahun bersama pekerjanya didatangi seorang individu tidak dikenali bertanyakan pemilik restoran berkenaan.
Mangsa mengaku pemilik restoran itu sebelum lelaki terbabit memanggil dua rakannya yang berada dalam kereta Proton Gen.2.
Timbalan Ketua Polis Daerah Gombak, Superintendan Rosly Hassan berkata, dua rakan suspek masing-masing berusia 31 dan 37 tahun datang dengan parang dan kayu menyerang pekerja restoran terbabit.
Menurutnya, mangsa yang membawa sepucuk pistol melepaskan tiga das tembakan ke arah suspek dan terkena dua daripada mereka.
“Malah, suspek yang cedera melarikan diri dengan kereta terbabit sementara mangsa dan pekerjanya tidak cedera.
“Mangsa turut membuat laporan kejadian itu di Balai Polis Rawang,” katanya.
sumber : http://www.hmetro.com.my/articles/Serangandibalastembakan/Article