BTC USD 76,222.4 Gold USD 4,349.87
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Pantai Bondi, kampus Ivy League jadi sasaran serangan tembakan

Warga tempatan berusia 43 tahun bernama Ahmed al Ahmed, 43 tahun, bapa kepada dua anak, memiliki sebuah kedai buah-buahan (atau gerai buah-buahan) di pinggir bandar Sutherland Shire, Sydney dan merupakan orang yang melucutkan senjata salah seorang pengganas. Banyak catatan media sosial menggambarkannya sebagai Muslim, menonjolkan tindakannya yang berbeza dengan sifat antisemitisme serangan itu. Sepupunya memberitahu bahawa bapa kepada dua anak itu ditembak dua kali.

“Dia berada di hospital dan sedang pulih".

Ahmed menggunakan kereta yang diletakkan untuk berlindung di tempat letak kereta bersebelahan dengan lokasi serangan. Ketika salah seorang lelaki bersenjata (bersenjata dengan apa yang kelihatan seperti senapang patah atau raifal) berhenti menembak orang ramai di acara Hanukkah, Ahmed menyerang penyerang dari belakang. Dia meletakkan lelaki bersenjata itu dalam kuncian kepala dan merampas senjata itu dalam pergelutan yang berlangsung selama kira-kira 5-10 saat. Dia mengacukan senjata yang dilucutkan senjata itu sebentar ke arah lelaki bersenjata yang berundur sebelum meletakkannya dengan selamat pada sebatang pokok ketika polis tiba. Campur tangan ini dianggap dapat menghentikan tembakan selanjutnya daripada penyerang itu, kemungkinan besar menyelamatkan banyak nyawa di tengah-tengah kekacauan itu.​

1765871589112.png
 
detik2 terrorist buat 11maut di pantai bondie,australia
 
3374048.webp

Orang ramai berkumpul di Bondi Pavilion bagi memberi penghormatan kepada mangsa insiden tembakan di Pantai Bondi, Sydney, Australia. Foto AFP

INSIDEN serangan berdarah di Pantai Bondi, Sydney, Australia pada Ahad mencetuskan gelombang reaksi pantas daripada pemimpin dan masyarakat dunia pada umumnya.

Ucapan takziah, kecaman keras dan solidariti antarabangsa disampaikan dalam tempoh hanya beberapa jam selepas berlakunya insiden berkenaan.

Media global rata-ratanya memberi liputan meluas, menonjolkan kisah mangsa dan keberanian orang awam yang bertindak menyelamatkan nyawa.

Keprihatinan ini mencerminkan keupayaan dunia untuk bertindak segera apabila keganasan berlaku di negara blok Barat.

Fenomena sama dapat dilihat dalam beberapa insiden lain di Barat sebelum ini. Serangan pengganas di Paris (2015) menyaksikan menara Eiffel disinari warna bendera Perancis sebagai simbol solidariti dunia.

Serangan di Manchester Arena (2017), London Bridge, serta penembakan rambang di Amerika Syarikat seperti di Las Vegas dan Texas pula mencetuskan kecaman global serta perbincangan segera hingga di peringkat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Insiden serangan di Brussels, Nice dan Vienna juga menerima liputan antarabangsa berterusan serta tekanan politik segera untuk meningkatkan keselamatan global.

Namun, reaksi pantas dan bersatu ini berbeza sama sekali dengan sikap dunia terhadap tragedi kemanusiaan yang sedang berlarutan di Gaza.

Setiap hari, penduduk awam Palestin dibom, dibunuh dan dipaksa meninggalkan rumah mereka. Hospital, sekolah dan pusat perlindungan musnah, manakala sekatan bantuan kemanusiaan menyebabkan kekurangan makanan, air bersih dan ubat-ubatan.

Ribuan kanak-kanak terbunuh, jutaan lagi kehilangan masa depan — namun dunia gagal menunjukkan tahap keprihatinan yang sama.

Perbezaan ini menonjolkan reaksi dua darjat dalam sistem antarabangsa. Keganasan di Barat dilabel sebagai ancaman global yang menuntut tindakan segera, manakala keganasan berterusan terhadap rakyat Gaza sering dibingkaikan sebagai 'konflik kompleks' atau 'isu keselamatan'.

Bahasa diplomatik yang berhati-hati digunakan untuk mengelak kecaman tegas, walaupun korban awam terus meningkat.

Dari sudut fakta, penderitaan di Gaza jauh lebih meluas dan sistemik berbanding insiden terpencil di Barat. Infrastruktur asas dimusnahkan secara menyeluruh, sistem kesihatan lumpuh, dan risiko kebuluran semakin memburuk.

Pertubuhan antarabangsa berkali-kali mengeluarkan amaran mengenai kemungkinan krisis kemanusiaan terburuk abad ini, namun gesaan gencatan senjata sering terhalang oleh kepentingan geopolitik kuasa besar yang dikuasai Barat dan sekutunya.

Peranan media global turut menyumbang kepada jurang ini. Insiden di Barat dilaporkan dengan pendekatan kemanusiaan, emosi dan berfokuskan mangsa individu, manakala kematian rakyat Gaza sering disampaikan dalam bentuk angka statistik tanpa wajah.

Naratif ini secara tidak langsung menormalisasikan penderitaan satu pihak dan memanusiakan sepenuhnya pihak yang lain.

Akhirnya, perbezaan reaksi dunia terhadap tragedi di Barat dan penderitaan di Gaza bukan sekadar isu liputan media atau keutamaan diplomatik, tetapi mencerminkan krisis moral global yang semakin ketara.

Apabila nilai kemanusiaan diukur berdasarkan lokasi, kuasa politik dan kepentingan strategik, prinsip keadilan sejagat menjadi kosong makna. Dunia seolah-olah pantas bersatu apabila keganasan menyentuh negara maju, namun berbelah bahagi dan berhujah panjang apabila mangsa datang daripada wilayah yang lama terpinggir seperti Gaza.

bagus artikel ni
 
3374671.webp

Naveed yang cedera parah baru sedar daripada koma pada malam Selasa. - Foto Agensi

CANBERRA - Penyerang Bondi, Naveed Akram berdepan pertuduhan berkaitan keganasan, 15 dakwaan membunuh dan pelbagai jenayah lain pada Rabu.

Pengumuman itu dibuat Polis New South Wales, beberapa hari selepas insiden serangan tembakan terburuk menggemparkan Australia dalam tempoh beberapa dekad.

"Petunjuk awal menunjukkan insiden itu mungkin diilhamkan oleh Daesh yang diisytiharkan sebagai pertubuhan pengganas di Canberra," menurut kenyataan itu lagi.

Difahamkan, dia juga berdepan 40 dakwaan menyebabkan kecederaan parah kepada individu dengan niat untuk membunuh dan mempamerkan simbol pertubuhan pengganas yang dilarang secara terbuka.

Pihak berkuasa mendakwa Naveed dan bapanya, Sajid Akram melepaskan tembakan rambang ketika festival Yahudi di Pantai Bondi pada Ahad yang telah menyebabkan 15 terbunuh.

Naveed dilaporkan cedera parah akibat ditembak polis dan baru sedar daripada koma pada malam Selasa manakala Sajid maut dalam kejadian berbalas tembakan dengan pihak berkuasa.

Dua bendera Daesh buatan sendiri turut ditemui dalam sebuah kereta diparkir berhampiran pantai tersebut yang didaftarkan dengan nama suspek.

Naveed yang masih di hospital bakal tampil di mahkamah menerusi pautan audio visual. - AFP

Flash-Australia.webp

GAMBAR fail Malcolm Turnbull (kanan) dan Benjamin Netanyahu. - Foto Getty Images

LONDON – Bekas Perdana Menteri Australia, Malcolm Turnbull memberi amaran kepada Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya tidak campur tangan dalam hal ehwal politik negara itu, lapor laman berita Arab News semalam.

Beliau membuat kenyataan itu selepas Netanyahu mengaitkan tindakan Australia yang mengiktiraf negara Palestin dengan insiden tembakan beramai-ramai di Pantai Bondi baru-baru ini.

Seramai 15 orang terbunuh apabila seorang bapa dan anak lelakinya melepaskan tembakan ke arah orang ramai yang sedang meraikan perayaan Yahudi, Hanukkah pada malam Ahad lalu.

Netanyahu berkata, keputusan Australia untuk mengiktiraf kenegaraan Palestin awal tahun ini telah ‘menyiram minyak ke dalam api’ antisemitik, beberapa minggu sebelum serangan tersebut berlaku.

Apabila ditanya mengenai kenyataan itu dalam program saluran televisyen Channel 4 News di Britain, Turnbull berkata: “Saya dengan penuh hormat ingin berkata kepada Netanyahu, sila jangan campur tangan dalam politik kami.

“Jika anda ingin membuat komen seperti itu, ia tidak membantu dan tidak wajar.”

Turnbull menyokong kerajaan Perdana Menteri Australia ketika ini, Anthony Albanese kerana mengiktiraf kenegaraan Palestin pada Ogos lalu bersama-sama kebanyakan negara Barat lain ketika tekanan antarabangsa meningkat susulan perang di Gaza. – AGENSI

Suspek Serangan Pantai Bondi Hadapi 59 Pertuduhan Termasuk Keganasan

17.12.2025 - Suspek dalam kejadian tembakan di Pantai Bondi, Sydney telah dikenakan 59 pertuduhan, termasuk berkaitan keganasan, menurut kenyataan Pasukan Polis New South Wales pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

“Susulan siasatan menyeluruh di bawah Operasi Arques, penyiasat Pasukan Petugas Bersama Anti-Keganasan (JCTT) hari ini (17 Disember) hadir ke sebuah hospital untuk mendakwa seorang lelaki berusia 24 tahun dari Bonnyrigg dengan 59 kesalahan, termasuk melakukan tindakan seorang pengganas,” kata polis dalam satu kenyataan.

Suspek turut berdepan 15 pertuduhan membunuh, 40 pertuduhan cubaan membunuh (mendatangkan kecederaan dengan niat membunuh), melepaskan tembakan, mempamerkan simbol organisasi pengganas yang dilarang di tempat awam, serta meletakkan bahan letupan di dalam atau berhampiran bangunan dengan niat untuk mendatangkan bahaya. Pada Ahad, sekumpulan penyerang melepaskan tembakan ke arah orang ramai di Pantai Bondi, Sydney. Polis New South Wales mengenal pasti penyerang itu sebagai seorang bapa berusia 50 tahun dan anak lelakinya yang berusia 24 tahun. Kejadian itu mengorbankan 16 orang, termasuk seorang daripada penyerang, manakala 40 yang lain cedera. Serangan itu didakwa berlaku semasa upacara penyalaan lilin Hanukkah yang dihadiri ramai penganut Yahudi. Polis negeri kemudian memaklumkan bahawa pakar bom berjaya mematikan dua bahan letupan buatan sendiri (IED) yang ditemukan di lokasi kejadian.
1765978586703.png
 
Back
Top
Log in Register