BTC USD 81,647.0 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GOL TERCANTIK world cup 2006

megasearch said:
Betui firasat dan jangkaan aku..ITALY ade peluang menjuarai world cup..
JARINGAN fabio AGROSSO minit 119 antara tercun dan dramatik setakat ni...
FORZA AZZURI

FABIO GROSSO beb... :-D :-D
hm...mmg gol cantik...
sama cam gol DEL PIERO...cantik gak.. :-D
 
tersentuh jiwa aku tengok gol dieorang.... dan aku dapat rasekan keperitan kekalahan dan kekecewaan jerman.... adusssss
 
gto_jones said:
megasearch said:
Betui firasat dan jangkaan aku..ITALY ade peluang menjuarai world cup..
JARINGAN fabio GROSSO minit 119 antara tercun dan dramatik setakat ni...
FORZA AZZURI

FABIO GROSSO beb... :-D :-D
hm...mmg gol cantik...
sama cam gol DEL PIERO...cantik gak.. :-D

AKU DAH BETUIKAN...typing error babeh...sori laa...GOL DEL PIERO tu pun..
cantek mmg cantek...tapi counter attack...mmg germany masa tu terdesak..
dah jatuh ditimpa tangga....aduh!....german supporter/fans teruskan sokongan anda..german jgn frust kena teruskan trainning spy sekurang2nye dpt 3rd place... :badgrin: :lol: nanti dah jatuh, ditimpa tangga...tergolek pulak lagi...aduss :badgrin: :lol: bang.!!.bang..!!
 
6 jaringan terbaik(sumber harian metro.)

BERLIN: Jaringan terbaik pada pusingan akhir Piala Dunia:


Maxi Rodriguez

ARGENTINA mln Mexico

SECARA tiba-tiba, Argentina seakan-akan tewas apabila Mexico mula mendahului sebelum kedudukan kembali terikat 1-1. Perlawanan seakan-akan bakal berakhir dengan penentuan penalti dan memerlukan satu keajaiban untuk memecahkan kebuntuan.

Rodriguez mencuri tumpuan dengan penuh bergaya. Mendada hantaran Juan Pablo Sorin dan pemain tengah Atletico Madrid itu sempat melihat ke arah gawang lawan sebelum melakukan voli daripada luar kotak penalti untuk menewaskan Oswaldo Sanchez bagi memastikan kemenangan 2-1.

Bagaimanapun, kempen Piala Dunia baginya berakhir dengan episod memalukan apabila menerima hukuman penggantungan dua perlawanan selepas didakwa memukul pemain Jerman selepas kekalahan menerusi sepakan penalti kepada pasukan tuan rumah.



Esteban Cambiasso

ARGENTINA mln Serbia

KETIKA jaringan Rodriguez disifatkan sebagai hebat, jaringan Cambiasso pula layak dinobatkan sebagai jaringan kejohanan untuk Argentina. Ia membabitkan 24 hantaran yang jarang dapat dilakukan. Cambiasso bukanlah penjaring tetap dan tidak berbuat demikian dalam 20 kemunculan sebelum ini. Bagaimanapun, pemain tengah Inter Milan itu tetap melakarkan upset dan melenyapkan segala masalah yang membelenggunya menerusi jaringan itu. Tetapi, dia kembali berduka apabila sepakan penalti yang diambilnya diselamatkan Jens Lehmann di peringkat suku akhir.



Fabio Grosso

ITALI mln Jerman

PEMAIN pertahanan Palermo itu sudah menjadi antara kunci kejayaan Itali ketika bertemu Australia. Bagaimanapun, sumbangannya pada dua minit sebelum tamat masa tambahan ketika menentang Jerman adalah sesuatu yang begitu menarik. Dia meledakkan jaringan hasil hantaran Andrea Pirlo menerusi sepakan lencong yang gagal diselamatkan Jens Lehmann. Itu adalah jaringan kedua buat Azzurri dan jaringan itu sama seperti yang dilakukan Marco Tardelli pada final 1982 ke atas musuh yang sama - Jerman.



Bakary Kone

IVORY COAST mln Belanda

SEPP Blatter mengatakan bahawa Ivory Coast mempamer aksi terbaik di kalangan negara Afrika walaupun mereka tersingkir di peringkat pertama. Tetapi jaringan yang paling menarik daripada pasukan itu dihasilkan Kone ketika menentang Belanda. Menguasai bola di luar kotak penalti lawan, penyerang kelab Nice melakukan larian pantas sebelum meledakkan rembatan menarik untuk menewaskan penjaga gol Belanda, Edwin van der Sar.



Joe Cole

ENGLAND mln Sweden

TIDAK banyak perkara yang boleh membanggakan barisan tengah England pada Piala Dunia kali ini. Bagaimanapun, tidak seperti Frank Lampard, Cole yang berusia 25 tahun itu ada meledakkan jaringan dan ia adalah antara jaringan tercantik England. Tandukan pemain lawan singgah kepada Cole yang ketika itu berada di luar kotak penalti. Dia mendada bola sebelum membuat voli tepat ke penjuru kanan gawang Sweden dan penjaga gol, Andreas Isaksson tidak mampu berbuat apa-apa untuk menyelamatkan bola itu.



Ronaldo

BRAZIL mln Ghana

MUNGKIN jaringan ini bukan yang terbaik di sepanjang kariernya tetapi ia hadir tepat pada masa Ronaldo sedang sedang menghadapi pelbagai kritikan selain jaringan itu berjaya mencatatkan namanya sebagai penjaring terbanyak mengatasi rekod Gerd Muller. Penyerang berusia 29 tahun itu memperdaya penjaga gol lawan, Richard Kingson, dan dengan mudah menolak masuk. “Saya mahu lebih banyak gol,” laung Ronaldo. Bagaimanapun, Perancis memastikan Ronaldo perlu menunggu selama empat tahun lagi untuk berbuat demikian - itupun jika badannya masih mampu beraksi. - AFP
 
sepakan penalti tercantik

SEPAKAN PENALTI PALING MENARIK

ITALY VS FRANCE mnt 7
Zinedine Zidane bola melantun mcm ni beb o^o


"lagenda tetap lagenda"
 
Re: sepakan penalti tercantik

megasearch said:
SEPAKAN PENALTI PALING MENARIK

ITALY VS FRANCE mnt 7
Zinedine Zidane bola melantun mcm ni beb o^o


"lagenda tetap lagenda"

lagenda yg tetap dikenang....
tanduk player itali tu pun mungkin sekadar buat kenangan kot....
Zidan antara player yg bersara dlm keadaan memuaskan thn ni....

* penalti zidan tu mmg menarik sbb tu trezequet nk buat tp x jadik :badgrin:
 
Re: sepakan penalti tercantik

:cry: ye sian trezequet

nanti bila balik main utk juventus belajor dari player italy...
 
cantik tak cantik yg penting gol tu bawak kemenangan....btol tak?..... :-D
 
Back
Top
Log in Register