BTC USD 61,923.9 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

GLC perlu contohi kejayaan PPS

ZONDA

Legendary Member
gem
Messages
14,904
Joined
Feb 8, 2011
Messages
14,904
Reaction score
46
Points
120
image.jpg

MUSA AMAN​

KOTA KINABALU 8 April - Kejayaan cemerlang Perbadanan Pinjaman Sabah (PPS) mencatat keuntungan sekitar RM71 juta pada tahun lalu seharusnya diteladani dan dicontohi oleh syarikat berkaitan kerajaan (GLC) negeri yang lain.

Ketua Menteri, Datuk Seri Musa Aman berkata, pencapaian baik itu bukan sahaja memberi khabar gembira buat pihak pengurusan PPS, malah kejayaan tersebut membolehkan syarikat itu memberi pulangan kepada kerajaan negeri dalam bentuk pembayaran dividen sebanyak RM20 juta.

Katanya, perolehan dividen tersebut membolehkan kerajaan untuk menyalurkannya kembali kepada rakyat dengan memenuhi keperluan dan kehendak semasa, selain boleh digunakan dalam merancang pembangunan negeri.

"Sebagai menteri yang bertanggungjawab terhadap agensi kerajaan ini, saya berasa amat gembira dan berbesar hati melihat PPS berjaya berkembang daripada sebuah agensi kecil kepada sebuah organisasi besar yang berdaya saing.

"Mampu menjadi penanda aras dalam pelbagai bidang, PPS juga menjadi pelengkap kepada kerajaan negeri khususnya dalam meningkatkan taraf sosio-ekonomi rakyat terutama kepada mereka yang berada di kawasan luar bandar," katanya ketika berucap sempena sambutan ulang tahun ke-60 PPS, di sini semalam.

Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Tan Sri Sukarti Wakiman; Pengerusi PPS, Datuk Linda Tsen Thau Lin dan Ketua Pegawai Eksekutif PPS, Datuk Vincent Pung Yee Kiong.

Mengulas lanjut, Musa berkata, kejayaan seumpama itu seharusnya dicontohi oleh agensi kerajaan dan GLC lain di negeri ini terutama dalam aspek pengurusan pentadbiran dan pimpinan korporat baik yang telah berjaya ditunjukkan oleh PPS.

Menurutnya, kecekapan dalam aspek pengurusan juga telah membolehkan PPS berjaya menyerahkan pembayaran terkumpul dalam bentuk dividen kira-kira RM204 juta kepada kerajaan negeri.

Sehubungan itu katanya, sesebuah GLC perlu mempunyai sebuah pentadbiran yang boleh mengurus dengan cekap, selain komitmen tinggi daripada semua lapisan pekerja.

"Saya berharap PPS akan terus berjaya mengekalkan prestasi terbaik ini dan meraih keuntungan yang lebih besar pada tahun-tahun mendatang, seterusnya dapat mengembalikan keuntungan ini kepada rakyat termasuk dalam menganjurkan projek tanggungjawab sosial korporat," katanya.
 
Back
Top
Log in Register