Salam TT. Jika ada modal 1 juta. Saya sarankan TT buat import kambing dari Australia. Kambing kat Malaysia memang tak cukup malah semasa pemerintah abang najib pun banyak dah project2 yg dibangunkan separuh jalan untuk industri daging merah ni. Tapi sayang semuanya separuh jalan kerana masalah rasuah. Kenapa business import kambing ni perlu diusahakan kerana kurangnya penternak tempatan yg mampu supply kambing untuk sembelih/akikah ataupun perayaan. Belum lagi kita bercakap tentang supply baka. Dahulu zaman paklah memang ramai penternak tumbuh tetapi dengan hampir 80% project semuanya gagal kerana menurut pandangan saya, kambing dari australia iaitu boer dsb tidak sesuai diternak di Malaysia. Ia melibatkan kos yg tinggi (ubat ubatan dan dedak) selain masalah kroni dan masalah politik yg mana penternak tak fully support by agency.. . Dari australia hanya sesuai trading. Bawak masuk. dan jual. kalau bawak masuk 1 kapal terbang, berderet treller dah tunggu utk diedarkan 1 Malaysia. jenis2 kambing yg sesuai yg boleh supply utk daging (boer, bebiri) dan jenis akikah iaitu farel. Kalau nak kongsi pengalaman dan nak buat business ni insyaAllah saya boleh bantu. terima kasih.