eboss
CG Hardcore

- Messages
- 85,650
Paid Membership
- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,650
- Reaction score
- 1,896
- Points
- 591
AMPANG: Panggilan telefon misteri dari seorang lelaki membuatkan seorang wanita tergamam dan rimas seketika apabila suspek memberitahu dia akan meletakkan bom di kediaman mangsa di Keramat, dekat sini, kelmarin.
Wanita terbabit yang ketika itu sedang bertugas di pejabat pendaftar terus menghubungi suami dan mula bimbang apabila mengingatkan anak perempuannya berada di rumah ketika itu.
Dia yang takut dengan ancaman terbabit kemudian turut menghubungi anaknya itu dan memintanya keluar rumah segera kerana khuatir kemungkinan suspek mungkin benar-benar mahu meletakkan bom di kediamannya itu.
Ketua Polis Ampang Jaya, Asisten Komisioner Abd Jalil Hassan ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan yang dibuat mangsa terbabit.
“Bagaimanapun, selepas siasatan kita dapati panggilan terbabit adalah satu panggilan palsu yang bertujuan untuk menakutkan wanita berkenaan.
“Sepasukan unit pemusnah bom turut melakukan pemeriksaan dan tiada sebarang bom yang ditemui di kediaman mangsa,” katanya.
Menurutnya, polis masih menjalankan siasatan dan pemeriksaan rekod panggilan yang diterima wanita itu akan dilakukan bagi menjejaki suspek terbabit.
Difahamkan, mangsa memang tidak mengenali individu yang menghubunginya itu selain dia tidak pernah bermusuh dengan sesiapa.