BTC USD 61,742.7 Gold USD 4,270.14
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gerhana Bukan Masa Bermain Telur

abuaqif

Fun Poster
Messages
529
Joined
Feb 10, 2011
Messages
529
Reaction score
329
Points
31
Gerhana Bukan Masa Bermain Telur

Gerhana bukan masa untuk bermain telur atau bukan masa untuk bersuka ria.

Allah menjadikan gerhana supaya manusia menjadi takut lalu memperbanyakkan amalan dan bermohon keampunan.

Jika tidak takut pun, cuba datangkan takut tersebut. Bukan datangkan kegembiraan.

Nabi kita sallallahu alaihi wa sallam:

عَنْ أَبِى مُوسَى قَالَ خَسَفَتِ الشَّمْسُ فِى زَمَنِ النَّبِىِّ -صلى الله عليه وسلم- فَقَامَ فَزِعًا يَخْشَى أَنْ تَكُونَ السَّاعَةُ حَتَّى أَتَى الْمَسْجِدَ فَقَامَ يُصَلِّى بِأَطْوَلِ قِيَامٍ وَرُكُوعٍ وَسُجُودٍ مَا رَأَيْتُهُ يَفْعَلُهُ فِى صَلاَةٍ قَطُّ ثُمَّ قَالَ « إِنَّ هَذِهِ الآيَاتِ الَّتِى يُرْسِلُ اللَّهُ لاَ تَكُونُ لِمَوْتِ أَحَدٍ وَلاَ لِحَيَاتِهِ وَلَكِنَّ اللَّهَ يُرْسِلُهَا يُخَوِّفُ بِهَا عِبَادَهُ فَإِذَا رَأَيْتُمْ مِنْهَا شَيْئًا فَافْزَعُوا إِلَى ذِكْرِهِ وَدُعَائِهِ وَاسْتِغْفَارِهِ ».

Abu Musa Al Asy'ari radhiyallahu anhu menuturkan,

"Pernah terjadi gerhana matahari pada zaman Rasulullah sallallahu alaihi wa sallam. Nabi lantas berdiri takut kerana khuwatir akan terjadi hari Kiamat, sehingga beliau pun mendatangi masjid kemudian beliau mengerjakan solat dengan berdiri, rukuk dan sujud yang lama. Aku belum pernah melihat beliau melakukan solat sedemikian rupa."

Nabi sallallahu alaihi wa sallam lantas bersabda,

"Sesungguhnya ini adalah tanda-tanda kekuasaan Allah yang ditunjukkan-Nya. Gerhana tersebut tidaklah terjadi kerana kematian atau hidupnya seseorang. Akan tetapi Allah menjadikan demikian untuk menakuti hamba-hamba-Nya. Jika kalian melihat sebahagian dari gerhana tersebut, maka bersegeralah untuk berzikir, berdoa dan memohon ampun kepada Allah." [HR. Muslim no. 912]


6150_833375476771316_6639525538053910327_n.jpg


12841362_833375486771315_417523502062957222_o.png


12800394_833375506771313_8931909968070018139_n.png
 
macam mana orang awam tak lalai. mufti dan ketua agama islam pun senyap sunyi tak bersuara pasal gerhana.

xde facebook ke bro? kalau ade, boleh like page islamic2, ustaz2, mufti2. i,Allah mcm2 ado pasal solat gerhana ni. dari hadis shahih smpi la cara2 menunaikan solat gerhana. i,Allah moga bermanfaat.
 
Nak solat pergilah buat..tak yah nak perlekeh org lain. Solat gerhana sunat bukan nya wajib.

Dah dpt satu hadis sibuk nak perlekeh org tak ikut sunnah

Nak tengok telur berdiri bukannya selalu. Bila gerhana je ada
 
ni salah satu belajar sains..
bukan main²..

bleh terapkan keta'ajubban anak² ni pada penciptaaan ..

betul tu masta...aku rasa maksud dia tu jgn main telur dia kot masa gerhana...:eek:
 
Nak solat pergilah buat..tak yah nak perlekeh org lain. Solat gerhana sunat bukan nya wajib.

Dah dpt satu hadis sibuk nak perlekeh org tak ikut sunnah

Nak tengok telur berdiri bukannya selalu. Bila gerhana je ada

biasalah bro..org taksub mmg macam tu..benda sunat dgn wajib pun x reti beza...macamlah syurga neraka dalam poket dia
 
x nmpk ayat mana si tt ni perlekeh sunnah....highlight sikit kt sini...
bukan ape...mmg salah 1 tanda kiamat tu adalah gerhana...mmg patut kite takut....bukan bergembira...wallahualam..
 
yg mereka buat tu pn nk melihat kebesaran ALLAH...dn nk dibuktikan cara ilmiah dn sains...tk salah rasanya tuan tanah:D
 
Ini baru graviti bulan, Allah tunjuk sebagai satu isyarat kiamat. Bayangkan kalau ia adalah graviti matahari? Pada jarak manakah (matahari-bumi) manusia dan sekalian objek akan tertarik kepada graviti matahari sehingga melepasi atmosfera bumi?
 
Back
Top
Log in Register