BTC USD 76,358.3 Gold USD 4,327.02
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geran Sejati MADANI Kini Untuk Pertubuhan Belia

combat13

CG Top Poster Club
gem
Messages
28,158
Joined
Dec 18, 2007
Messages
28,158
Reaction score
346
Points
141
bfc3b0b6dc5ebcdb565c46755b2d284169b6a98f3d3c4

Menteri Belia dan Sukan, Dr. Mohammed Taufiq Johari (tengah) semasa menyampaikan sijip penyertaan kepada wakil bahagian Jasin Ahmad Izzul Zikri Sukiman, 20, (tiga, kanan) pada Program Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan di Masjid Al-Abrar, Semahok hari ini. Turut hadir Exco Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk V.P. Shanmugam (dua, kanan) dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem (kanan).
--fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA


Kerajaan memperluas pemberian geran Sejati MADANI tahun ini kepada pertubuhan-pertubuhan belia bagi membangunkan aktiviti keusahawanan yang berpotensi menjana pendapatan persatuan masing-masing.

Menteri Belia dan Sukan Dr. Mohammed Taufiq Johari berkata sebanyak RM250 juta diperuntukkan kerajaan khusus untuk tujuan tersebut bagi menggalakkan persatuan belia menceburi aktiviti keusahawanan dalam pelbagai bidang.

“Dahulu, geran Sejati MADANI diberikan kepada Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung (JPKK) dan organisasi seumpamanya. Tahun ini, ia diperluaskan kepada pertubuhan-pertubuhan belia pula,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Rakan Masjid X Rakan Muda Ramadan peringkat negeri Melaka di Masjid Al-Abrar, Semabok, di sini hari ini.

Beliau berkata pihak Pendaftar Pertubuhan Belia (RoY) akan mengadakan jelajah ke seluruh negara bagi memberi taklimat kepada pertubuhan belia di seluruh negeri mengenai cara memohon geran tersebut.

Katanya pihaknya menyasarkan kira-kira 2,500 pertubuhan belia akan mengambil peluang untuk memanfaatkan pemberian geran tersebut pada tahun ini.

Hadir sama Exco Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) negeri Datuk V.P. Shanmugam dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Duyong Datuk Mohd Noor Helmy Abdul Halem.

 
Back
Top
Log in Register