combat13
CG Top Poster Club

- Messages
- 28,153
- Joined
- Dec 18, 2007
- Messages
- 28,153
- Reaction score
- 346
- Points
- 141
Geran Khas Interim Sarawak Dinaikkan Kepada RM1.5 Bilion - PM Anwar
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berucap pada Sambutan Hari Malaysia Peringkat Kebangsaan 2026 di Pusat Konvensyen Borneo Kuching. - fotoBERNAMA (2026) HAK CIPTA TERPELIHARA
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan geran khas interim bagi Sarawak dinaikkan kepada RM1.5 bilion berbanding RM600 juta sebelum ini berkuat kuasa tahun ini.
Beliau berkata Kerajaan Persekutuan akan terus berunding dengan Kerajaan Negeri Sabah dan Sarawak ke arah memuktamadkan satu formula yang mampan dalam menentukan kadar Pemberian Khas tahunan tersebut.
“Sebelum ini saya sudah umum untuk Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion.
“Atas semangat setiakawan, persahabatan dan semangat Malaysia, malam ini saya umum untuk Sarawak RM1.5 bilion juga, itu adalah hasil persahabatan dan rundingan yang baik,” kata beliau semasa berucap pada Sambutan Hari Malaysia 2026 peringkat kebangsaan di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) di sini.
Berita lanjut menyusul.