BTC USD 64,831.0 Gold USD 4,434.38
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gerai Afrika dibuka semula

Viere

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,579
Joined
Aug 8, 2008
Messages
26,579
Reaction score
179
Points
123
ne_09.1.jpg


SEBAHAGIAN daripada pelanggan yang terdiri daripada warga Afrika mengunjungi premis berkenaan di Kepong baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Warga Afrika yang premisnya pernah diserbu pihak penguat kuasa pada Jun tahun lepas, kini membuka semula gerai African Chicken di Desa Aman Puri, Kepong di sini baru-baru ini.

Sikap keras kepala warga asing itu ternyata seakan-akan mencabar pihak berkuasa di negara ini.

Tinjauan Kosmo! mendapati, warga Afrika yang berniaga di Jalan Desa 1/2 itu membuka premisnya sekitar pukul 5 petang dan beroperasi sehingga awal pagi.

Bezanya, modus operandi warga Afrika itu semakin licik apabila tidak lagi meletakkan papan tanda African Chicken di gerai mereka bagi mengelakkan dihidu pihak berkuasa.

Menjelang pukul 8 malam, gerai tersebut mula dipenuhi pelanggan yang kebanyakannya terdiri daripada warga Afrika sendiri.

Menurut sumber, wanita Afrika yang mengendalikan premis itu dipercayai menjalankan perniagaan dengan menyewa gerai tersebut daripada warga tempatan selain bijak menggunakan warga tempatan bagi mendapatkan permit perniagaan.

Seorang penduduk yang hanya mahu dikenali sebagai Muhammad berkata, pihak berkuasa perlu bertindak tegas terhadap penduduk tempatan yang terlibat menyewakan premis kepada warga asing.
 
tarik balik permit xkan tu pun nak diajar,mungkin byk birokrasi kot nak tarik2 permit ni.
 
sepatutnya kerajaan dah lama perketatkan kemasukan warga afrika ni
 
benda senang mcm ni pun payah nak handle..
makan suap banyak
 
so lani sapa sebenarnya pengkhianat negara..??
 
Back
Top
Log in Register