BTC USD 63,305.0 Gold USD 4,446.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Georgetown tumpuan pengemis setiap Ramadan

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


GEORGETOWN - Setiap kali Ramadan, bandar raya Georgetown dibanjiri ratusan pengemis bermusim dari luar Pulau Pinang bagi mengambil kesempatan daripada umat Islam yang mahu meningkatkan amal kebajikan.

Menurut Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Pulau Pinang Zulkifli Ismail, kebanyakan mereka adalah warga tempatan yang datang dari Kedah, Perak dan Perlis selain warga asing seperti Myanmar dan Kemboja.

Pemerhatian jabatan mendapati mereka ini saling berebut tempat untuk dijadikan "kawasan" masing-masing sehingga berlaku pergaduhan, katanya kepada pemberita selepas Ops Pengemis dan Kutu Rayau, di sini malam tadi.

Katanya antara lokasi tumpuan pengemis terbabit ialah bazar Ramadan, Masjid Kapitan ****** serta pusat membeli-belah dan mereka lazimnya berkumpul bermula 1 petang hingga 10 malam.

Pendapatan mereka ada yang menjangkau RM100 sehari, katanya.

Katanya dalam operasi yang bermula pukul 3 petang hingga 10 malam itu, JKM menahan 24 orang termasuk tujuh kanak-kanak berusia antara dua dan lima tahun.

"Ada kes pengemis beristeri dua dan mempunyai lima anak dan terdapat juga satu keluarga gelandangan terdiri daripada ibu bapa, anak lelaki, menantu dan tiga cucu.

"Kesemua yang ditahan adalah warga tempatan dan kita belum tahu perkahwinan mereka berdaftar atau tidak," katanya.

Menurutnya orang gelandangan yang ditahan akan ditempatkan di pusat perlindungan sementara atau rumah kebajikan JKM. - Bernama
 
Pengemis isteri dua? dasatt!! Aku yg bekerja tetap ni pun tak mampu nak pasang satu lagi...
 
WOW saja mampu ku kata~~

"Ada kes pengemis beristeri dua dan mempunyai lima anak dan terdapat juga satu keluarga gelandangan terdiri daripada ibu bapa, anak lelaki, menantu dan tiga cucu"
 
tambahan sikit.. 8 pengemis laki2 perempuan dihantar ke rumah orang tua taiping dan 3 kanak2 dihantar ke rumah kanak-kanak. nampaknya depa tak sempat kutip duit raya tahun nie..
 
Back
Top
Log in Register