TT
CG Super Hardcore Club

- Messages
- 166,601
- Joined
- Jan 13, 2009
- Messages
- 166,601
- Reaction score
- 22,873
- Points
- 1,831
Shah Alam: Tiga lelaki bertopeng dipercayai Geng Oxy kembali mengganas dan kali ini memecah masuk sebuah pasar raya di Setia Alam, di sini, sebelum melarikan wang tunai RM300,000 daripada dua mesin juruwang automatik (ATM) dalam satu kejadian pagi semalam.
Dalam kejadian jam 5.30 pagi itu, kumpulan terbabit dipercayai masuk ke dalam pasar raya berkenaan melalui medan selera yang terletak di tingkat bawah sebelum ke tingkat dua lokasi ATM itu diletakkan.
Menurut sumber, kejadian disedari seorang anggota polis bantuan yang melakukan rondaan apabila mendapati dua daripada empat mesin ATM yang berada di belakang bangunan itu sudah dipecahkan.
“Hasil rakaman CCTV (rakaman litar tertutup) di pasar raya itu mendapati kumpulan lelaki itu naik ke tingkat atas melalui tangga sebelum memecah mesin ATM berkenaan menggunakan gas oxy.
“Pemeriksaan lanjut juga mendapati kumpulan itu turut memotong wayar CCTV dan penggera yang diletakkan di mesin ATM berkenaan,” katanya.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Shah Alam Asisten Komisioner Azisman Alias ketika dihubungi mengesahkan kejadian itu dan memberitahu pihaknya kini giat menjalankan usaha mengesan semua suspek.
Foto
MESIN ATM di sebuah pasar raya di Setia Alam yang dipecahkan pada awal pagi.
http://www.hmetro.com.my/myMetro/articles/GengOxykebasRM300_000/Article/index_html