BTC USD 85,941.2 Gold USD 4,333.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geng kongsi gelap mati ditembak

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
BUKIT MERTAJAM - Seorang penjenayah yang dipercayai mempunyai kaitan dengan kes rampasan dadah bernilai RM3 juta dan enam senjata api di Teluk Bahang baru-baru ini mati dalam kejadian berbalas tembakan dengan polis di Taman Rozhan, Alma di sini malam kelmarin.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Datuk Wan Abdullah Tunku Said berkata, lelaki berusia 37 tahun dan berasal dari Taman Ria Jaya, Sungai Petani, Kedah dan bekerja sebagai penarik kereta itu mati dalam kejadian pada pukul 11.45 malam itu.

"Kejadian itu berlaku sebaik sepasukan anggota polis daripada unit jenayah berat Pulau Pinang menerima maklumat mengenai lelaki terbabit dan cuba menahan suspek di Taman Rozhan.

"Bagaimanapun, lelaki yang memandu kereta jenis BMW warna putih itu bertindak melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis sebelum anggota kita membalas dan mengenai mangsa," kata beliau kepada pemberita di sini semalam.

Menurut beliau, tembakan yang dilepaskan polis mengenai lelaki itu menyebabkan dia gagal mengawal keretanya dan merempuh pagar simen sebuah rumah di Taman Rozhan sebelum mati akibat kecederaan parah.

Polis yang memeriksa kereta BMW itu menemui sepucuk revolver .38 yang berisi tiga butir peluru hidup dan dua kelongsong peluru yang telah digunakan.
 
Bagus polis...aku suka macam nie...tembak terus kasi mati...tak yah nak naik mahkamah2 lagi dah...tak abis duit cukai rakyat tanggung depa nie makan free
 
tapi kena pasti jelas yg mereka betul-2 penjenayah dikehendaki,
kalau salah tembak nanti apa pandangan masyarakat pada polis :D
 
ada pistol tu kira penjenayah la...
 
tembak jangan tak tembak..
pasni tengok sape plak nak buat demo jalanan...
 
Bagus polis...aku suka macam nie...tembak terus kasi mati...tak yah nak naik mahkamah2 lagi dah...tak abis duit cukai rakyat tanggung depa nie makan free

Eboss...jarang aku dgr klu kes berbalas tembakan dgn polis,penjahat yg menang.pasal apa tk prnh menang...tgok lah...
revolver 0.38 nak lawan dgn walther 99...klu ada sorg anggota polis tu ada yg bawa HK-MP5...anggota yg bawa walther tu blh sandar kat pintu...kunyah kacang pagoda...bgtu lah mudahnya penjahat2 ni ditumpaskan
:)):)):))
 
Macam ni la bagus..kalau boleh biar masa serbu tu buat ganas2 sikit..biar penjenayah2 mula ketakutan :))
 
Tahniah PDRM.
Semoga makin byk penjenayah dihapuskan di bumi Malaysia ni.
 
Back
Top
Log in Register