BTC USD 63,377.6 Gold USD 4,326.66
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Geng 04 dicekup di Johor

oldtbone

Legendary Member
gem
Messages
17,323
Joined
May 25, 2012
Messages
17,323
Reaction score
3,695
Points
191
Hiasan_tahan_1557802003.jpg






ENAM individu dipercayai kumpulan Kongsi Gelap 04 yang aktif melakukan pemerasan terhadap pemaju perumahan dan merekrut ahli-ahli baru, ditahan Bahagian Anti Maksiat, Perjudian dan Kongsi Gelap (D7) Jabatan Siasatan Johor, kelmarin.

Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, semua suspek lelaki tempatan berusia 23 hingga 35 tahun ditahan di sekitar kawasan Kluang bersama pelbagai senjata.

“Dalam tangkapan itu, kita turut merampas dua parang, dua pedang samurai, lapan telefon bimbit dan Mitsubishi Triton.

“Dengan tertumpasnya ahli kumpulan ini, kita percaya dapat menyelesaikan beberapa kes pemerasan yang berlaku ke atas pemaju tapak projek perumahan, perkilangan dan empat kes jenayah kekerasan yang menyebabkan parah, pergaduhan dan kes khianat,” katanya.

Beliau berkata, siasatan awal mendapati, semua suspek terbabit adalah ahli kumpulan kongsi gelap 04 Kluang dan bergiat aktif dalam kegiatan pemerasan serta merekrut ahli baharu bagi menyertai geng itu.

Katanya, semua suspek disiasat mengikut Seksyen 326 dan Seksyen 384 Kanun Keseksaan.

“Mereka turut disiasat mengikut Akta Pencegahan Jenayah (POCA) 1959,” katanya.

Mohd Kamarudin berkata, polis turut meminta kerjasama orang ramai dan pemaju tapak projek untuk tampil memberi maklumat serta membuat aduan, sekiranya terdapat insiden pemerasan yang berlaku dengan menghubungi talian Hotline 013-6052467.






sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/05/455667/geng-04-dicekup








.
 
Back
Top
Log in Register