BTC USD 61,989.5 Gold USD 4,328.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempur BN Sarawak Pulak!!!!

shane

Legendary Member
gem
Messages
14,063
Joined
Nov 7, 2007
Messages
14,063
Reaction score
247
Points
133
Gempor BN Serawak Pulak..!!

Pembangkang Sarawak bersatu di bawah Pakatan Rakyat
oleh Harakahdaily

MIRI, 10 Jan: Malam 9 Januari lalu menjadi detik bersejarah politik Malaysia khususnya di Sarawak apabila pemimpin PAS, PKR, DAP dan SNAP telah bersatu di bawah payung Pakatan Rakyat.

Perkara itu dibuktikan dengan berlangsungnya Majlis Makan Malam Pakatan Rakyat di sini yang dihadiri kira-kira 500 orang.

Ini merupakan kali pertama para pemimpin keempat-empat parti di Sarawak itu bersama di dalam majlis seumpama itu.

Pengarah Strategi PKR yang juga Ahli Parlimen Batu, Tian Chua dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak, V Sivakumar turut sama hadir bagi menyemarakkan gelombang perubahan yang bakal berlaku di negeri ini.

Di dalam ucapannya, Tian Chua menegaskan kini merupakan masa terbaik untuk rakyat melakukan perubahan untuk menyelamatkan negara daripada masalah-masalah yang telah melanda akibat daripada kezaliman kerajaan BN.

Semua wakil daripada parti-parti yang menyertai majlis itu turut menyampaikan ucapan.

PAS Sarawak diwakili oleh Ketua Dewan Pemuda PAS negeri, Abang Addy Ayanni dan Yang Dipertua PAS Kawasan Miri, Haji Jofro Jaraiee.

Mereka senada untuk bersatu di bawah Pakatan Rakyat bagi menjadi juara rakyat dan menyelamatkan mereka daripada kezaliman BN.

Ini juga menjadi petanda baik bagi Pakatan Rakyat menghadapi BN di dalam pilihan raya negeri yang akan diadakan pada bila-bila masa.

Untuk rekod, Sarawak mempunyai 31 kerusi parlimen dan 71 kerusi dewan Undangan Negeri (Dun).

Sekiranya Pakatan Rakyat dapat menggugat BN di dalam pilihan raya negeri, ia menjadi petanda bahawa gelombang rakyat berterusan untuk menumbangkan BN di dalam Pilihan raya Umum ke-13 nanti.


Next..........????? Tunggu!!!
 
Sarawak???:eek::eek::eek::eek:
 
Susah sikit aku nak komen benda ni..

Betul, tapi kalau kita nak pelihara burung, kena ada sangkar dulu!!!:):):)

Nampaknya strateji Zaid di gunapakai bila PR bersatu dengan parti pembangkang sediada seperti SNAP...........
 
xper..perkenalkan dulu PR kat Sarawak...dulu org xkenal pn PAS..org ingat PAS nie NGO..nie pengalaman member aku kat pedalaman sarawak dulu...sama gak Johor..payah tol nak tembus benteng BN kat Johor..skrg org Johor dh boleh terima PAS...

Harap2 masa2 akan datang PR di Sabah dan Sarawak menjadi saingan sengit BN.
 
kayuh pelan2.... lubuk ni susah sikit
 
Betul, tapi kalau kita nak pelihara burung, kena ada sangkar dulu!!!:):):)

Nampaknya strateji Zaid di gunapakai bila PR bersatu dengan parti pembangkang sediada seperti SNAP...........

Uniknya politik Sarawak ni, parti sebesar UMNO pun tak dpt nak bertapak kat sini, itu lah kenyataan nya :)
 
xper..perkenalkan dulu PR kat Sarawak...dulu org xkenal pn PAS..org ingat PAS nie NGO..nie pengalaman member aku kat pedalaman sarawak dulu...sama gak Johor..payah tol nak tembus benteng BN kat Johor..skrg org Johor dh boleh terima PAS...

Harap2 masa2 akan datang PR di Sabah dan Sarawak menjadi saingan sengit BN.

InsyaAllah kalau kena dgn strategi boleh berjaya :)cgrock
 
Back
Top
Log in Register