BTC USD 81,450.5 Gold USD 4,165.56
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar ular tedung 'mengamuk'

hmmm...lintah eboss penah ngamuk mcm ulor tu x? :)
 
mak oiii..
4meter tu..
ada bsr pinggan klu dia kembang..
tips dr eboss bagus gak..
stndby sbb umah aku semak je 5mter tinggi..

tu bukan semak dah tu.dah tahap hutan khatulistiwa:o:o:o
 
YAN - Ketika 50 tetamu menjamu selera pada majlis kenduri tahlil seorang penduduk di Kampung Teroi Bukit, di sini, kelmarin, tiba-tiba mereka dikejutkan dengan kehadiran seekor ular tedung selar menyebabkan hadirin membuka langkah seribu.

Ini semua gara-gara ahli keluarga tuan rumah yang cuba menangkap reptilia itu tetapi gagal. Ular itu dikatakan 'mengamuk' hingga membuatkan hadirin bertempiaran lari.

Akibat takut dipatuk ular tersebut, ada di antara mereka terlanggar periuk berisi gulai, manakala sebahagiannya pula terpaksa terjun ke dalam parit ketika cuba menyelamatkan diri daripada ular sepanjang lebih empat meter itu.




--------------------------------------------------------------------------------



Bagaimanapun amukan reptilia berbisa itu berakhir apabila berjaya ditembak sebanyak dua das, selepas 10 minit mengamuk dalam kejadian kira-kira pukul 4.30 petang itu.

Menurut Amira Zakaria (gambar kecil), 34, anak sulung kepada Zakaria Ismail, 63, tuan rumah majlis kenduri tersebut, dia berasa sesuatu yang pelik apabila terdengar monyet peliharaannya menjerit seolah-olah takut sesuatu.

Ketika itu, ahli keluarganya menghidang juadah untuk tetamu yang hadir berhampiran pintu bilik air rumahnya selepas selesai majlis tahlil.

la...sebelah kg ceq je tu....#:-S

:">
 
Back
Top
Log in Register