BTC USD 62,807.3 Gold USD 4,464.95
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar ribuan ikan mati

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
image.jpg


Pelbagai jenis ikan ditemui terapung di sungai Kampung Belukar Sukai, Kepong sejak Ahad lalu.
< 1 / 1 >
KUALA TERENGGANU - Penduduk Kampung Belukar Sukai, Kepong, di sini, gempar apabila mendapati ribuan ikan pelbagai spesies mati dan terapung di sungai kampung itu sejak Ahad lalu.

Kejadian aneh yang berlaku di kampung terbabit menyebabkan ia menjadi bualan hangat penduduk hingga ada pihak tampil membuat aduan kepada Sinar Harian.

Tinjauan Sinar Harian di sungai itu, semalam, mendapati terdapat banyak ikan terapung dan ia menimbulkan kebimbangan kepada penduduk kerana turut menggunakan air dari sungai berkenaan untuk bertani.

Seorang penduduk, Zakaria Deraman, 40, berkata, kejadian pertama kali itu menimbulkan tanda tanya kerana mereka tidak menemui sebarang punca atau tanda sungai sepanjang tiga kilometer itu dituba atau diracun.

Menurutnya, dia hanya menyedari kejadian itu pada Ahad lalu kira-kira jam 3 petang semasa datang ke sungai tersebut untuk memancing bersama beberapa penduduk lain, namun dikejutkan dengan ribuan ekor ikan mati dan ada juga yang masih hidup timbul di permukaan air.

“Pada mulanya kami seronok kutip ikan ini (sebarau dan baung), tetapi selepas itu terfikir juga kenapa ikan ini boleh mati,” katanya yang ditemui di sungai berkenaan.

Lebih menghairankan penduduk, tanaman petani tidak pula terjejas walaupun menggunakan air sungai yang sama.

Fenomena luar biasa itu ternyata mengejutkan semua pihak dan mereka mahu mana-mana agensi berkaitan menjalankan kajian bagi mengetahui punca ikan di sungai itu mati.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perikanan negeri, Abdul Khalil Abdul Karim ketika dihubungi berkata, pihaknya belum menerima sebarang aduan berhubung kejadian ikan mati di Kampung Belukar Sukai.

Bagaimanapun katanya, pihaknya akan membuat siasatan lanjut dan akan mengambil beberapa sampel di sungai berkenaan.

“Setakat ini (semalam), kita belum mendapat aduan daripada mana-mana penduduk berhubung masalah ikan mati, tetapi pihak jabatan akan melakukan siasatan sebelum mengesahkan punca sebenar kejadian,” katanya.
 
ni mesti ada orang curah racun ke dalam sungai tuu
 
Gambar tak menunjukkan apa yg dicerita....gambar tunjuk ikan kecik2 ja...ceh
 
kalau tuang 1 botol besar racun roundup kat dalam sungai kompem ikan seme mati... kadang org cuci tong racun rumpai kat dalam sungai pun bnyk juge ikan mati lepas tu... ini seme geng takde otak punya keje lah ni
 
penduduk buat aduan kat sinar harian tapi kat jabatan perikanan negeri tak buat aduan plak??? pelik lak aku.. yang nak tolong dorang tu sinar harian ke jabatan perikanan...~X(~X(~X(
 
Back
Top
Log in Register