BTC USD 63,533.9 Gold USD 4,463.37
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar kereta Audi A6 dibom

TT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgem
Messages
166,601
Joined
Jan 13, 2009
Messages
166,601
Reaction score
22,873
Points
1,831
bom1_copy.transformed_0.jpg

bom_copy.transformed_0.jpg


Tasek Gelugor: Penduduk Taman Seri Gelugor dekat sini, gempar apabila sebuah Audi A6 yang diletakkan di Lorong Seri Gelugor 2 meletup dan terbakar 2.25 petang ini.

Letupan itu dikatakan kedengaran sehingga 1.5 kilometer menyebabkan penduduk kampung berhampiran bergegas keluar untuk melihat apa yang berlaku.

Difahamkan, kereta berkenaan diletakkan di tepi jalan itu sejak beberapa bulan lalu tidak jauh dari rumah pemiliknya yang berusia 62 tahun.

Rakaman kamera litar tertutup (CCTV) mendapati seorang lelaki kelihatan menunggang motosikal sebelum berhenti dan memecahkan cermin kereta.

Lelaki berkenaan dilihat memasukkan sesuatu dan kereta berkenaan meletup tidak sampai seminit lelaki terbabit beredar.

Pegawai Bomba Kanan II Balai Bomba dan Penyelamat Tasek Gelugor Hashim Awang berkata, pihaknya bergegas ke tempat kejadian dengan sebuah jentera bersama enam anggota sebaik menerima panggilan jam 2.31 petang.

Katanya, ketika tiba di tempat kejadian, sebuah kereta sudah terbakar 70 peratus tetapi api berjaya dikawal tidak sampai lima minit.


- See more at: http://www.hmetro.com.my/node/3878#sthash.tVHgKrim.dpuf
 
sekrang ni main lotup lotup jer.. dulu sepitol sekarang lotup lotup :(
 
ak tgk mcm keta datsun je
 
mcm bukan audi je rangka nya tu,,metro ni berbual je lebih ni,,pembohong no 1.
 
malaysia ni dah macam negara syria pulak, main bom bom ajerrr...
tembak tembak dah xmain dah...
 
Back
Top
Log in Register