BTC USD 27,942.2 Gold USD 1,978.78
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar jumpa penanggal di dungun

Sponsored Post

akudotcom

CG Top Poster Club
gem
Messages
37,738
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
37,738
Reaction score
4,903
Points
261
Awards
1
Penduduk takut keluar malam kerana mendakwa ada hantu penanggal


TANGKAP layar daripada video menunjukkan seorang wanita yang mendakwa melihat kemunculan hantu penanggal di Kampung Kuala Abang, Dungun, Terengganu, kelmarin.
DUNGUN: Penduduk di sekitar Kampung Kuala Abang di sini meminta orang ramai tidak percaya dengan berita palsu mengenai kemunculan hantu penanggal di sekitar kampung tersebut yang heboh diperkatakan sejak beberapa hari lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung Kuala Abang, Johan Ahmad berkata, cerita rekaan tersebut hanya menimbulkan panik dan rasa takut dalam kalangan penduduk hingga menyebabkan ada antara penduduk takut untuk keluar malam.

“Sebenarnya, tiada pun kemunculan hantu penanggal di kampung kami. Lebih 50 tahun saya tinggal di sini, tak pernah dengar pun mengenai penanggal.

“Penduduk kampung di sini pun tak pernah jumpa apa-apa. Kami tak tahu macam mana tiba-tiba boleh timbul cerita berkenaan makhluk halus itu sedangkan kami tak pernah jumpa pun,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Johan berkata, individu yang mendakwa terjumpa objek menyerupai penanggal mungkin terjumpa dengan budak-budak nakal yang berkeliaran pada waktu malam ataupun individu kurang siuman yang biasanya memakai kain di atas kepala.

Terdahulu, tular di laman sosial Facebook dan TikTok mengenai sebuah video seorang wanita bersama adiknya yang mendakwa terserempak kelibat objek yang menyerupai penanggal di kampung itu kira-kira pukul 2.30 pagi kelmarin.

Video tersebut mendapat pelbagai reaksi warganet terutamanya penduduk di daerah ini hingga mengundang tanda tanya dan ada antara individu yang dari luar daerah turut berkunjung ke kampung tersebut untuk mencari kebenaran.

Seorang lagi penduduk, Hasanah Ismail, 45, berkata, suasana kampung tersebut bertukar sunyi apabila ramai penduduk terutamanya wanita takut untuk keluar rumah sejak cerita palsu tersebut timbul.

“Apa yang dibimbangkan adalah, ekonomi penduduk terutamanya peniaga akan terjejas jika keadaan ini berlarutan kerana mereka terpaksa tutup kedai lebih awal sekiranya tiada penduduk yang keluar. Kami minta supaya berhentilah mereka cerita yang bukan-bukan,” katanya. – UTUSAN
 

Sniper

Super Moderator
gem
Messages
6,261
Staff member
Joined
Feb 26, 2006
Messages
6,261
Reaction score
940
Points
116


bro aku dh mskkan link tiktok tu kasik video die kuar kt cg

pastu aku dh alihkan thread ni dr curr issues ke seksyen lg sesuai

tq bro psl bkk thread tp pasni bro klu leh la jgn ar malas sgt bkk thread

letak tajuk jer pastu lak xder isi ape pastu letak link yg tak kuar video

dhla seksyen x kene langsung sdgkn belambak sekyen dlm forum ni leh letak

paling2 bro kopipes jer link tiktok tu btol2 yg dpt dr browser kt dlm thread baru
 
Sponsored Post

Top
Log in Register