BTC USD 62,574.0 Gold USD 4,440.63
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar gadis terjun tingkat dua

balqis07

CG Top Poster Club
gem
Messages
30,953
Paid Membership
Joined
Jan 27, 2010
Messages
30,953
Reaction score
294
Points
136
KUALA TERENGGANU - Penduduk di sebuah flat di Jalan Air Jernih, di sini, gempar seketika apabila seorang seorang gadis cuba membunuh diri, dipercayai kerana mengalami masalah, malam kelmarin.

Dalam kejadian kira-kira jam 10 malam itu, gadis berusia 20-an itu dikatakan telah terjun dari tingkat dua flat berkenaan, namun dia bernasib baik kerana hanya mengalami kecederaan di bahagian badan dan kini dirawat di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ).

Menurut sumber, sebelum kejadian itu, beberapa penghuni di flat berkenaan dikejutkan dengan bunyi bising suara orang menjerit-jerit seperti dirasuk dari arah rumah yang disewa gadis tersebut.

“Mengesyaki sesuatu perkara buruk berlaku, beberapa jiran yang terdengar suara itu terus memaklumkan kejadian kepada rakan serumah gadis itu yang secara kebetulan baru tiba.

“Pada awalnya rakan serumahnya menafikan bunyi bising tersebut dari arah rumahnya kerana tiada penghuni di rumah itu, memandangkan gadis itu sebelum ini jarang pulang,” katanya.

Bagaimanapun, selepas terdengar sendiri suara orang menjerit-jerit dan ternampak ada barang dibaling ke bawah, rakan serumahnya itu terus naik untuk membuat pemeriksaan sebelum mendapati pintu rumah berkunci.

“Rakan gadis itu terus menggunakan kunci yang ada untuk membuka pintu rumah dan sebaik masuk ke dalam, dia dapati gadis tersebut sedang berada di beranda rumah sambil memegang dua bilah pisau.

“Dia cuba menenangkan rakannya itu tetapi gadis itu tidak menunjukkan sebarang respons dan bimbang kejadian buruk berlaku, dia segera keluar sambil menghubungi polis untuk mendapatkan bantuan, bagaimanapun gadis itu terlebih dahulu terjun,” katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Zamri Shamsuddin ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian.



sumber:http://www.sinarharian.com.my/gempar-gadis-terjun-tingkat-dua-1.245802
 
ada hikmah la tu tak mati, mungkin lepas ni boleh bertaubat..

tapi tingkat 2 rendah sangat.. paling minimum tingkat 3 aku rasa baru boleh mati.. kehkekeh
 
nak bunuh diri..terjun dr tgkat 2 padahal pisau ada kat tgn...tikam je lah jantung ko tuh.


suicide epic phaillllll

287044
 
tingkat 2 je pun..tapi die terjun jgk..dr yg nak terjun tp tak terjun2
 
kalau nak mati sgt....terjun la tingkat lapan blas...

tu Allah bagi peluang kedua..... jgn sia2kan ye dik...
 
alang2 tgkat dua baik terjun dari basikal je.havoc la ko minah...klu cun takpe gak..ada gmbr tt?
 
ada hikmah la tu tak mati, mungkin lepas ni boleh bertaubat..

tapi tingkat 2 rendah sangat.. paling minimum tingkat 3 aku rasa baru boleh mati.. kehkekeh

Terjun kaki dulu mmg la tak mati tingkat dua. Kalo die terjun tiruk ok kot bro tingkat 1 pun da cukup hehe..
 
Back
Top
Log in Register