BTC USD 80,815.9 Gold USD 3,995.86
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempar... Emas Ditepi Pantai

aku rase tokey kuali jugak kaya kat mersing ni..:eek:
 
kalau pisang emas kenapa org tak berebut2 pulak ek?
 
dulang2 juga sembahyang jgn tinggalkan..karang bukan emas yg jumpa rupanya taik emas.
 
dulang2 juga sembahyang jgn tinggalkan..karang bukan emas yg jumpa rupanya taik emas.

Taik emas tak pe lg beb...buat nya taik org...
Warna dah la dekat2 nak sama ngan emas... siap belek2 lg tu... he..he..he.. :))
 
a.a..betul tuh
kenapa depa tak pi pasir mas je
kat sana kan pasir dah jadi mas
tak payah dulang2 pakai kuali
angkut boh dlm lori terus pasir2 mas tuh... :)) :p

Bergurau nampak...
Kang dgn papan tanda tulis pasir mas org angkut skali pulok...
Dah tak jadik pasir mas... tukor nama jd pasir dua butir @ pasir berdengung mcm crita p.ramlee tu...
Marah pulak org pasir mas karang... tempat kak ipar aku duduk tu... he..he..he.. :D
 
Bercrita psl emas ni , smlm adik ipar aku turun dr KL trus gi MERSING...
Ckp nak buat khemah kat sana , last2 gi pepagi ptg dah smpai kat rumah aku balik...
Sebijik habuk pun tak dpt... buat menghitamkan muka adalah... he..he..he.. :D
 
Satu lg tmpt jumpa emas... dah jd 3 tmpt skrg ni...
Rezeki pendapatan tambahan paling GLAMOUR ni.. he..he..he.. :D


Pendulang emas bertambah
Oleh Sahlina Sahkirin

MERSING: Satu lagi lokasi baru penemuan emas dikesan di pantai Teluk Iskandar di sini, semalam, kira-kira dua kilometer dari kawasan penemuan asal bahan galian berharga itu di Kampung Sri Pantai, bulan lalu.

Ini bermakna, kawasan mendulang emas di kampung itu kini menjulur kira-kira lima kilometer termasuk di lokasi penemuan kedua, Teluk Kang.

Tinjauan Harian Metro semalam mendapati, lokasi baru itu mirip Teluk Kang, dipenuhi batu pantai dan selut, sekali gus menyukarkan kerja mendulang.

Malah, tinjauan mendapati kira-kira 800 penduduk tempatan dan pengunjung luar termasuk dari negeri berdekatan mengambil kesempatan cuti hujung minggu dan cuti persekolahan untuk mendulang di ketiga-tiga lokasi itu.


Jumlah pendulang di kawasan terbabit kini meningkat empat kali ganda berbanding kira-kira 200 pendulang ketika berita penemuan asal emas di kampung itu tersebar bulan lalu.


Seorang pendulang di Teluk Iskandar, Roslan Ripin, 20, berkata dia yang datang dari Pasir Gudang bersama seorang rakannya mulai mendulang sejak kelmarin dan mendapat beberapa ketulan kecil emas sebesar pasir pantai.

“Dalam tempoh singkat, saya sudah berjaya dapat RM100 hingga RM200 biarpun hanya mendulang pada hujung minggu,” katanya.

Roslan berkata, dia mula berminat mendulang emas di pantai berkenaan selepas terpikat dengan kesungguhan penduduk kampung itu mendulang dan mengayak emas, selain melihat sendiri hasilnya yang diperoleh pendulang.

“Nasib menyebelahi kami apabila dapat juga menemui emas selepas datang dari jauh. Tidak sia-sia kami bersusah payah untuk ke sini,” katanya.

Rakannya, Hadi Nassir, 28, berkata dia kurang bernasib baik apabila hanya memperoleh beberapa butiran kecil emas selepas mendulang di kawasan Teluk Kang hingga Teluk Iskandar sejak kelmarin.

Bagaimanapun, katanya, dia tidak putus asa dan akan mencuba nasib hingga petang sebelum pulang ke Pasir Gudang.

“Selain menghabiskan cuti hujung minggu, saya anggap pengalaman ini menyeronokkan dan suatu yang baru,” katanya.
 
Back
Top
Log in Register