BTC USD 75,680.9 Gold USD 4,352.89
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gempa 6.4 magnitud gegar Utara Sumatera

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
27,488
Joined
Dec 6, 2010
Messages
27,488
Reaction score
1,681
Points
201
417929-417929.jpg


Gempa 6.4 magnitud gegar Utara Sumatera

KUALA LUMPUR: Gempa bumi bermagnitud 6.4 dilapor menggegarkan wilayah Utara Sumatera, Indonesia pada jam 6.54 petang Sabtu.

Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam satu kenyataan memaklumkan pusat gempa dikesan pada koordinat 2.9 darjah Utara dan 98.8 darjah Timur.

Menurut agensi itu, pusat gempa terletak kira-kira 37 kilometer barat daya Permatang Siantar, Indonesia pada kedalaman 154 kilometer.

METMalaysia berkata gegaran daripada gempa bumi itu mungkin dirasai pada tahap lemah di beberapa kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia.

Bagaimanapun, hasil penilaian semasa mendapati gempa bumi berkenaan tidak berpotensi mencetuskan tsunami dan tiada ancaman tsunami kepada Malaysia.

Astro AWANI
19:15 MYT
Artikel ➡️ Astro Awani
 

Gempa Bumi Kuat Landa Utara Sumatera, Gegaran Dirasai Di Malaysia​

abfd7cc09a6b13cdd5ef5e30666905006a8058047433a

Kredit : Laman Facebook Malaysian Meteorological Department

Gempa bumi kuat bermagnitud 6.4 dikesan berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada 6.54 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) menerusi hantaran di Facebook memaklumkan gempa itu berpusat di koordinat 2.9 darjah utara dan 98.8 darjah timur, dengan kedalaman 154 kilometer (km).

Gempa bumi itu berada pada jarak 37 km barat daya dari Permatang Siantar.

Menurut MetMalaysia, gegaran dirasai di sekitar Pantai Barat Semenanjung Malaysia, namun tiada ancaman tsunami kepada negara.

 
Back
Top
Log in Register