BTC USD 76,323.1 Gold USD 4,277.30
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Gantung lesen memandu lebih berkesan berbanding denda susuli pindaan sistem mata demerit: Pakar

adi19

Fun Poster
Messages
767
Joined
Oct 30, 2013
Messages
767
Reaction score
3
Points
25

Gantung lesen memandu lebih berkesan berbanding denda susuli pindaan sistem mata demerit: Pakar​

speed_camera.jpg

Kamera lampu merah di Jurong West Street 61. (Gambar fail: CNA/Eugene Goh)

SINGAPURA: Pada 2019, Martin (bukan nama sebenar) melanggar dua lampu merah pada dua malam berturut-turut ketika memandu pulang dari tempat kerja.

Kedua-dua kesalahan itu menyebabkannya dikenakan 12 mata demerit bagi setiap satu kesalahan, melebihi ambang 24 mata dan menyebabkan lesen memandunya digantung selama 12 minggu bagi pesalah kali pertama.

IKLAN

“Penggantungan itu sebenarnya berkesan dan saya tidak lagi menerima mata demerit,” katanya. “Falsafah lama saya ialah 24 mata itu banyak, tetapi rupa-rupanya lebih mudah untuk melebihi had itu daripada yang saya sangka.”

Seorang lagi pemandu, yang enggan namanya didedahkan, berkata penggantungan lesen memandu lebih "menyakitkan".

Menurut beliau, denda tidak mencegah tabiat memandu secara berbahaya, tetapi tempoh penggantungan yang lebih lama mungkin lebih berkesan.

“Selagi seseorang itu bekerja dan memiliki kereta, denda bukanlah jumlah yang begitu besar sehingga menjejas tingkah laku mereka. Tetapi mata demerit akan menjejas kelayakan mereka untuk memandu, dan itu sesuatu yang tidak boleh dibeli dengan wang,” katanya.

Penggantungan lesen seperti ini mungkin menjadi lebih biasa di bawah pindaan terhadap Sistem Markah Kemajuan Pemandu, yang lebih dikenali sebagai sistem mata demerit. Mulai 1 Jan 2027, ambang bagi menggantung lesen memandu buat kali pertama akan diturunkan daripada 24 mata dalam tempoh dua tahun kepada 18 mata, dan tempoh penggantungan akan dipanjangkan.

IKLAN

Pindaan itu bertujuan untuk mengurangkan kesalahan trafik dan memastikan pemandu yang melakukan kesalahan tidak berada di jalan raya untuk tempoh yang lebih lama, menurut Pasukan Polis Singapura (SPF).

Ahli sosiologi Tan Ern Ser berkata pengurangan ambang bagi menggantung lesen memandu akan memberi isyarat bahawa “tiada ruang untuk berasa terlalu yakin bahawa seseorang itu tidak mungkin berdepan hukuman”.

RISIKO TETAP ADA

Para pemandu memberitahu Mediacorp bahawa walaupun mata demerit mungkin menggalakkan pemanduan yang lebih selamat dalam kalangan pemandu, mereka yang gemar mengambil risiko akan terus berbuat demikian.

Pemandu kereta sewa privet Carmen Ortega berkata beliau melihat ramai pemandu berbahaya di jalan raya yang "tidak begitu mengambil berat".

IKLAN

“Mereka yang suka mengambil risiko akan sentiasa berbuat demikian,” katanya. “Mereka mesti disaman, barulah mereka akan takut.”

Dr Tan dari Institut Pengajian Dasar (IPS) berkata penggantungan lesen mungkin tidak "begitu memberi kesan" kepada mereka yang mampu untuk tidak memandu atau mempunyai akses kepada pilihan pengangkutan lain.

RISIKO TERHADAP PEMANDU PROFESIONAL

Peguam Bozy Lu, rakan kongsi di Han & Lu Law Chambers yang khusus dalam tuntutan kemalangan jalan raya dan undang-undang masyarakat, berkata undang-undang baharu itu akan memberi kesan tidak seimbang kepada pemandu profesional.

Cik Ortega, yang telah menjadi pemandu kereta sewa privet selama 10 tahun, berkata penggantungan lesen lebih daripada setakat kehilangan pendapatan. Ramai pemandu menyewa kenderaan secara kontrak dan mesti terus membayar pinjaman walaupun tidak dapat bekerja.

IKLAN

Para Anggota Parlimen (AP) bertanya semasa sidang Parlimen pada 4 Ogos sama ada sistem yang disemak itu boleh merangkumi rejim berbeza bagi pemandu vokasional.

Menteri Kedua Ehwal Dalam Negeri Sim Ann berkata rejim sedemikian akan mewujudkan "tahap akauntabiliti keselamatan jalan raya yang lebih rendah bagi satu kumpulan pengguna jalan raya berbanding yang lain".

“Jika dilihat dari sudut ini, ia amat sukar untuk mewajarkan usulan sedemikian,” tambahnya.

 
Back
Top
Log in Register